10 Makanan Menggemukkan Paling TOP di Malaysia

Kalori roti canai menggemukkan

Malaysia memang terkenal dengan makanan tidak kira penduduk Malaysia sendiri ataupun luar negara. Banyak orang yang bercerita tentang makanan di Malaysia sama ada di YouTube, blog dan sebagainya. Antara makanan yang popular di Malaysia adalah makanan rutin yang selalu kita makan seperti nasi lemak dan roti canai.

Tahukah anda, makanan rutin harian Malaysia seperti nasi lemak atau roti canai sebenarnya dapat membuatkan kita menjadi gemuk. Sebab itu berdasarkan star2.com, Malaysia adalah negara yang paling gemuk di Asia. Kerana makanan rutin harian kita memang sudah menggemukkan.

Berikut adalah 10 makanan rutin paling top yang menggemukkan di Malaysia:

1. Nasi Lemak

Siapa yang tak kenal nasi lemak. Orang luar negara pun kenal nasi lemak ni. Nasi lemak mengandungi karbohidrat, protein dan semestinya lemak. Setiap hidangan nasi lemak mengandungi lebih kurang 390 kalori tak termasuk sambal, telur rebus, ikan bilis dan kacang.

Kalau hidangan lengkap ianya bertambah lebih kurang 450-500 kalori. Itu tak campur lagi kalau anda tambah ayam, sambal sotong, sambal kerang dan lain-lain. So, menggemukkan tak?

2. Roti Canai

Kalau dekat kedai mamak, sentiasa ada orang order roti canai betul tak? Makan bersama dengan kuah dal atau kari kambing, memang menyelerakan betul. Kalau anda nak tahu, kalori roti canai hampir menyamai kalori nasi lemak.

Kalori roti canai bersamaan dengan 300 kalori kalau 1 keping. Kalau 2 keping dah 600 kalori. Itu baru breakfast sahaja. Belum campur lunch dan juga dinner. Nak bakar 600 kalori ini, anda kena berlari di treadmill atau joging selama 90 minit. Anda boleh ke?

3. Makanan Bergoreng

Kebanyakan makanan yang disediakan di kedai makan adalah makanan bergoreng. Makanan seperti ini kalau boleh dikurangkan kerana ianya digoreng menggunakan minyak (1g fat : 9 kalori). Lebih-lebih lagi kebanyakan kedai menggunakan minyak yang sama untuk menggoreng yang seterusnya.

Kurangkan dan cari makanan yang dimasak dengan cara rebus atau panggang.

4. Nasi Goreng

Satu pinggan nasi goreng mengandungi 630 kalori. Ianya jauh lebih tinggi dengan kalori nasi lemak dan kalori roti canai. Nilai kalori tersebut lebih kepada lemak dan karbohidrat. Jika anda teringin sangat, disyorkan makan nasi goreng tidak lebih segenggam tangan.

5. Mee Kari

Mee kari tidak ramai orang makan hari-hari seperti nasi lemak dan roti canai. Tetapi kalau makan, nilai kalorinya adalah lebih kurang 500. Kalorinya agak tinggi jika dibandingkan dengan mee sup yang nilai kalorinya cuma 380.

6. Burger

Pergi mana-mana mesti ada kedai burger. Selalunya malam ramai orang makan burger di Malaysia ini. Untuk pengetahuan anda, daging kisar burger ini mempunyai tinggi nilai lemak. Satu hidangan burger biasanya mempunyai lebih 475 kalori. Kalau campur dengan telur mata, cheese banjir atau daging double, confirm lagi tinggi kalori.

7. Aiskrim

Siapa je yang tak suka dengan aiskrim. Mesti semua orang suka. Lebih-lebih lagi makan dalam cuaca panas di Malaysia ni, memang nikmat betul. Tapi kalau anda nak tahu, ais krim nilai lemak, gula dan kalori yang tinggi. 2 scoop ais krim sahaja nilai kalori adalah 380 kalori. Dah macam makan nasi lemak.

8. Roti Manis & Donut

Mesti ramai yang ingat makan roti tak memberi effect untuk gemuk. Tetapi roti manis yang mempunyai inti seperti krim memang mengandungi kandungan lemak dan karbohidrat yang tinggi. Kalau nak makan roti, boleh cuba roti wholemeal.

Untuk donut pula, biasanya 1 donut mengandungi 200 kalori. Itu belum campur donut yang besar dan mempunyai flavour seperti Big Apple dan Dunkin Donut.

9. Susu Pekat Manis

Susu pekat manis mengandungi kandungan lemak yang tinggi walaupun ia ada sumber kalsium. Ia sememangnya kurang bagus untuk anda. Anda boleh menggantikannya dengan susu rendah lemak. Biasanya satu sudu susu pekat manis mengandungi dalam 60 kalori.

10. Mayonis

Kurangkannya kalau anda peminat mayonis! Suku cawan mayonis mengandungi 360 kalori dan 40g lemak.

Sekarang anda sudah faham kan kenapa Malaysia menjadi negara yang paling gemuk dalam Asia. Kerana makanan rutin harian kita mengandungi kandungan kalori yang tinggi.

Sebenarnya, bukan masalah makanan itu tetapi berapa banyak yang anda makan dan kuantiti yang diambil. Jika anda makan mengikut kandungan kalori yang diperlukan oleh tubuh badan anda, ianya tidak menggemukkan pun.

Jadi, untuk mengelakkan daripada kegemukan, anda kena kawal pengambilan kalori anda dan bersenam walaupun sekejap. Baca di sini untuk baca tentang pemakanan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *