12 Punca yang Menyebabkan Sakit Kepala

punca sakit kepala

Dalam kehidupan seharian, anda mesti pernah mengalami sakit kepala. Ianya berlaku tidak kira masa sama ada anda sedang bekerja di pejabat atau sedang berehat di rumah. Kadangkala ianya mengambil masa beberapa jam sahaja untuk sembuh. Malah ada lebih teruk, mengambil masa beberapa hari untuk sembuh.

Ianya mungkin normal bagi sesetengah orang tetapi jangan ambil mudah kerana mungkin satu petanda yang anda ada penyakit berbahaya. Jadi lebih baik anda buat pemeriksaan doktor dengan segera jika sakit tersebut berterusan.

Punca sakit kepala

Punca sakit kepala
Image by Gerd Altmann from Pixabay

Berdasarkan kajian, setiap orang akan mengalami sakit kepala. Yang membezakan adalah jumlah yang mereka kena dan tahap sakit sama ada biasa atau teruk. Ada orang hanya mengalami sekejap sahaja dan ada orang yang sakit kepalanya menjejaskan kesihatannya seperti hilang imbangan badan dan muntah teruk.

Ia juga terjadi pada sesiapa sahaja tidak kira usia dan jantina. Selain itu, ia juga terjadi tidak kira masa. Oleh sebab itu, ia bukan sahaja menjejaskan kesihatan kita malah menjejaskan kehidupan seharian kita. Ini adalah 12 punca yang mungkin menyebabkan anda sakit kepala:

  1. Perut kosong disebabkan anda tidak makan. Ini mungkin berlaku untuk mereka yang sibuk bekerja sehingga mengabaikan waktu makan.
  2. Kekurangan pengambilan gula. Kurang sangat gula pun tak boleh kerana badan anda perlukan gula untuk tenaga.
  3. Makanan yang dimakan tidak dihadam dengan sempurna.
  4. Selalu mengambil minuman kafein atau bergas.
  5. Mengalami tekanan darah tinggi.
  6. Tidak cukup waktu tidur.
  7. Stress di tempat kerja atau tempat belajar.
  8. Menghadap komputer atau handphone dalam tempoh yang lama
  9. Demam atau selesema
  10. Alergi terhadap cuaca, persekitaran atau bau
  11. Tanda-tanda awal mengandung
  12. Hormon tak stabil dan tanda awal haid

Jenis sakit kepala

Jenis sakit kepala
Photo by Andrea Piacquadio from Pexels

Ada beberapa jenis sakit kepala yang boleh anda alami. Ada orang mungkin rasa pening-pening je, ada orang mungkin rasa macam berpusing hingga badan rasa tak stabil dan ada orang sakit hingga terasa dekat bahagian mata. Berikut adalah jenis sakit kepala:

1. Migrain

Migrain berada di tahap yang bahaya. Ianya berpunca akibat tekanan atau pembengkakan otak dan saraf sehingga sakit itu terasa berterusan.

2. Tegang

Ianya selalu terjadi dekat semua orang. Banyak punca berlaku antaranya adalah tekanan fizikal disebabkan postur badan salah, tekanan pada otot belakang badan, bahu, leher sehingga ianya merebak ke kepala.

Selain tekanan fizikal, tekanan emosi juga boleh terjadi. Selalunya ada kaitan dengan hormon adrenalin.

Rawatan yang popular adalah rawatan fisioterapi. Mereka akan mengenalpasti punca yang terjadi pada anda dan memberikan rawatan yang sesuai.

rawatan fisioterapi
Photo by Gustavo Fring from Pexels
3. Kluster

Sakit kepala jenis ini disifatkan sebagai yang paling parah dan menyakitkan. Biasanya ia menyerang golongan lelaki yang berusia sekitar 20 ke 40 tahun.

Ciri-ciri sakit kepala kluster ini adalah rasa berdenyut di sebelah kepala sehingga boleh dirasai dekat belakang belakang dan sekitar mata. Seterusnya boleh merebak ke bahagian dahi, hidung dan pipi.

Cara melegakannya

cara legakan sakit kepala
Photo by JESHOOTS.com from Pexels

Apabila anda menonton tv, mesti kerap kali iklan sakit kepala akan keluar seperti Panadol. Ianya memang betul boleh melegakan sakit anda.

Selain itu, boleh juga ambil ubat penahan sakit seperti Aspirin dan Ibuprofen. Namun, ia boleh melegakan buat sementara waktu jika berada di tahap yang teruk. Jika di tahap yang ringan, sakit kepala anda boleh hilang terus.

Sebelum mengambil ubat yang dikatakan tadi, pastikan anda mendapatkan nasihat dan rujukan daripada doktor atau pakar perubatan supaya ianya selamat untuk anda.

Feature image: Photo by Andrea Piacquadio from Pexels

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *