4 Sebab Otot Kuat dan Sihat dengan Sukan Badminton

Otot kuat dan sihat dengan badminton

Nak otot kuat dan sihat? Mainlah badminton. Badminton adalah sukan yang sangat menarik dan juga popular. Ia dimainkan di seluruh dunia seperti bola sepak, ragbi, tenis dan sukan-sukan yang lain. Anda boleh bermain secara single (satu lawan satu) atau beregu (dua lawan dua). Anda juga boleh dapat pendapatan yang lumayan sekiranya anda menjadi atlet sukan badminton kerana banyak kejohanan yang diadakan termasuk dalam Sukan Olimpik.

Dari segi kesihatan pula, badminton memberi kesan yang sangat ketara. Ia bukan sahaja membantu anda mengawal berat badan tetapi juga dapat membuatkan otot kuat dan sihat. Jangan salah faham dengan bina badan ye. Kalau nak bina badan, anda kena angkat besi bukan angkat raket..hehehe

Jadi, ini adalah 4 kelebihan bermain badminton untuk kesihatan anda:

1. Mengurangkan berat badan

Main badminton memerlukan banyak tenaga. Anda perlu banyak bergerak dengan pantas. Jadi sebab itu main badminto ni membantu membakar sejumlah besar kalori. Dianggarkan, jika anda bermain badminton selama 1 jam anda boleh membakar sebanyak 480 kalori.

2. Meningkatkan kadar metabolisme

Jika kadar metabolisme anda dalam keadaan baik, maka tubuh dan pencernaan adalah adalah lebih baik. Main badminton meningkatkan fungsi kardiopulmonari dalam badan anda. Selain itu, toksin dapat dikeluarkan dari tubuh anda kerana berpeluh serta metabolisme juga.

3. Otot kuat dan sihat

Pergerakan badan yang banyak dan pantas semasa bermain badminton membantu anda mengekalkan kesihatan dan kekuatan otot anda. Ia membantu dalam tona otot badan anda. Ini yang menyebabkan otot kuat dan sihat.

4. Meningkatkan kesihatan jantung

Tidak kira sukan apa sahaja sekalipun, ia membantu meningkatkan kesihatan jantung. Begitu juga dengan bermain badminton. Ketika bermain badminton, ia menguatkan otot jantung anda kerana ia membuka dinding yang disekat dan meningkatkan peredaran darah.

Statistik menunjukkan sakit jantung merupakan antara penyakit yang menjadi punca kematian seseorang. Jadi tidak kira sama ada badminton atau sukan yang lain, ia membantu meningkatkan kesihatan jantung anda selain daripada membuatkan otot kuat dan sihat.

Selepas bersukan baca artikel ni untuk cepat turunkan berat badan >>> 5 Tips Post Workout Bantu Cepat Turunkan Berat Badan

Sumber gambar: The Coverage

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *