5 Cara Kurus kan Badan Dengan Cepat & Sihat

cara kuruskan badan dengan cepat dan sihat

Nak tahu cara kurus kan badan dengan cepat dan sihat? Mesti korang nak tahu kan.. Terutamanya kepada anda yang mengalami masalah kegemukan dan sering di ‘body shamming’ oleh netizen-netizen bermulut jahat.

Selain daripada menerima kutukan dari netizen, kegemukan ini juga akan membawa masalah kepada diri anda sendiri. Kerana masalah kegemukan ini mengundang banyak penyakit seperti obesiti, kencing manis dan lain-lain lagi. Korang juga akan berasa tidak selesa dengan kegemukan ini kerana mempunyai masalah cepat penat, tidak cukup nafas, susah nak bergerak, susah nak pilih pakaian dan sebagainya.

Jadi untuk memberi kesihatan dan keselesaan kepada diri korang sendiri, korang kena atasi masalah kegemukan ini. Untuk itu, korang kena baca artikel ini sampai habis kerana saya akan kongsikan 5 cara kurus kan badan dengan cepat dan sihat.

Banyak sebenarnya cara kurus kan badan yang korang boleh cari. Tetapi tidak semuanya berkesan dan dilakukan secara sihat. Ada yang diet secara strict sehingga ke tahap Anorexia atau Bulimia. Ianya sangat tak bagus untuk diri korang. Sebab itu saya nak kongsi cara kurus kan badan yang korang boleh dapat result dengan cepat dan tidak membahayakan diri korang. 5 cara kurus kan badan tersebut adalah:

1. Kawal pengambilan makanan seharian anda – Cara kurus kan badan yang penting

kawal pemakanan untuk cara kurus kan badan

Perkara yang paling utama anda kena buat adalah kawal pemakanan anda. Ada pepatah yang mengatakan, “kesihatan datang dari perut”. Setiap makanan yang korang makan akan menentukan kesihatan korang sama ada kesihatan baik atau kesihatan buruk.

Dan dalam dunia fitness, berat, saiz badan atau otot anda banyak dipengaruhi oleh makanan iaitu sebanyak 80% berbanding dengan workout iaitu sebanyak 20%. Di sini, kita dapat lihat bahawa betapa pentingnya pemakanan dalam diet korang.

Macam mana nak kawal pemakanan kita? Kita boleh kawal pemakanan kita dengan 4 kawalan ini:

a) Kawal pengambilan kalori seharian

Pengambilan kalori ini berbeza diantara lelaki dan juga perempuan. Secara purata, lelaki memerlukan sekitar 2000 kalori untuk menurunkan berat badan dan wanita memerlukan sekitar hanya 1500 kalori sehari sahaja.

Macam mana nak tahu jumlah kalori yang kita perlukan untuk kuruskan badan? Untuk tahu berapa banyak kalori yang kita perlu ambil, korang boleh pergi ke website ini, Calculator.net. Di sini, korang boleh kira kalori korang dengan masukkan umur, jantina, tinggi, berat dan kekerapan aktiviti senaman. Selepas anda masukkan maklumat tersebut, klik sahaja button calculate untuk sistem start kira.

cara kira kalori - website calorie calculator

Selepas anda klik, sistem akan tunjukkan jumlah kalori yang anda perlu ambil untuk menurukan berat badan. Bagi yang ingin tambahkan berat badan pun ada jugak.

keputusan kira kalori - website calorie calculator

b) Kawal pilihan makanan

Untuk menurunkan berat badan, pastikan korang elak makanan yang bergoreng dan berkuah kerana ianya berminyak. Korang boleh pilih makanan yang dikukus, grill ataupun bakar. Selain itu, kurangkan garam dan juga gula dalam masakan korang.

Kemudian, elak penggunaan serbuk perisa seperti ajinamoto dan lain-lain. Untuk sayur pula, ulam ulaman adalah pilihan yang baik berbanding dengan sayur yang digoreng.

c) Kawal portion makanan

Of course la kalau korang nak kuruskan badan, tak boleh nak melantak. Jangan makan nasi sehingga penuh satu pinggan dan banyak. Dah macam Gunung Kinabalu. Disyorkan ambil nasi sebesar penumbuk korang je. Takut tak kenyang? Kalau macam tu, lebihkan protein seperti ayam atau ikan dan juga sayur-sayuran. Lepas makan, tunggu beberapa minit untuk minum air.

d) Kawal pengambilan gula dan garam

Yang ini mesti ramai yang ambil terutama gula. Gula adalah antara penyebab besar punca kegemukan. Ramai yang berjaya turunkan berat badan sebab mereka kawal pengambilan gula dalam pemakanan. Biar makanan tak manis, janji senyuman manis 🙂

2. Tukar snack makanan

snack makanan

Mesti ramai yang makan snack seperti keropok, kerepek dan lain-lain untuk kudap-kudapan kan. Kadang-kadang mulut ni nak kunyah sesuatu walaupun tak lapar. Jadi ramai yang makan keropok atau kerepek sebagai kudap-kudapan.

Jadi start harini, tukar snack yang tak berkhasiat tu kepada snack berkhasiat seperti kekacang, salad atau buah-buahan. Ianya lebih sedap, berkhasiat dan membuatkan kita kenyang.

3. Amalkan minum teh hijau

Minum teh hijau

Teh hijau atau green tea sangat membantu untuk korang yang ingin turunkan berat badan. Kalau rasa lapar, minum teh hijau. Ia bukan sahaja dapat membantu mengisi perut korang yang lapar tu, malah ia juga dapat mengurangkan masalah perut masuk angin dan kembung. Nak tahu apa yang lagi menarik? Teh hijau ini juga dapat membantu membakar kalori. Tapi ingat, jangan bancuh dengan gula pula. Minum tanpa gula.

4. Bersenam

bersenam untuk kurus kan badan

Tak lengkap rasanya kalau cara nak kuruskan badan tanpa senaman. Seperti yang dinyatakan di atas, senaman atau workout mempengaruhi sebanyak 20% dalam proses turunkan berat badan atau naikkan otot.

Jika korang rajin dan ada modal sikit, boleh buat senaman dekat gym. Korang boleh campurkan senaman kardio dengan latihan bebanan untuk kesan yang efektif. Tetapi kalau nak mudah, korang boleh guna cara ini, Cara Menguruskan Badan dengan Aktiviti Berjalan Sahaja.

Untuk kekerapan senaman pula, korang boleh bersenam minimum 30 minit 3 kali seminggu. Itu minimum, tapi kalau boleh buatlah lebih lagi. Contohnya 30 minit 5 kali seminggu. Tapi jangan lebih-lebih pula senaman. Bagi badan korang rehat jugak. Dengan pemakanan yang betul dan senaman yang bagus, pasti korang dapat kuruskan badan dengan cepat.

5. Dapatkan tidur yang cukup

dapatkan tidur yang cukup

Ini juga penting dalam proses kuruskan badan atau besarkan otot. Orang yang kurang tidur akan mengalami masalah berat badan dan juga masalah lain seperti kurang tumpuang, stress dan lain-lain. Selain itu, bila kita tak cukup tidur, metabolisme kita juga akan berkurangan. Bagi diri korang rehat yang secukupnya.

Jadi, itulah dia 5 cara kuruskan badan dengan cepat sihat. Kalau korang buat secara konsisten, confirm dalam masa 30 hari korang dapat lihat kesannya. Yang penting korang kena ingat, perubahan takkan berlaku dalam sekelip mata. Ia memerlukan masa. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang mengalami masalah kegemukan yang luar biasa.

Teruskan buat dengan konsisten dan jangan mengalah. Lambat laun korang pasti akan tersenyum dan gembira dengan perubahan diri yang korang dapat. Tiada lagi masalah kegemukan, hidup sihat dan selesa 😉

Untuk memberi sedikit motivasi kepada korang, korang boleh baca dan lihat gambar transformasi ni:

>> Diet Kalori Rendah, Gadis Ini Berjaya Turunkan 10kg Dengan 7 Langkah Mudah

> Transformasi Gambar Kuruskan Badan Sebelum dan Selepas Yang Mengejutkan!

Semoga berjaya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *