5 Cara Mudah & Cepat Turunkan Berat Badan Tanpa Perlu Berlapar

turunkan berat badan tanpa berlapar

Turunkan berat badan dan dapatkan bentuk badan yang cantik adalah impian kebanyakan orang terutama perempuan. Tetapi kebanyakan orang fikir nak turunkan berat badan kena berlapar. Sebenarnya tak perlu pun korang nak sakitkan diri korang dengan berlapar untuk turunkan berat badan.

Meh sini, saya tunjukkan kat korang cara yang mudah nak turunkan berat badan tanpa perlu berlapar pun. Kenyang pun kenyang. Yang penting adalah, korang kena jaga diet korang. Diet yang betul dan seimbang. Diet yang seimbang ni memang cliche dan korang dah didedahkan sejak kat sekolah lagi. Ianya memang membantu dalam penurunan berat badan yang berkekalan dan memberikan kekuatan badan yang mencukupi.

Berat badan bermula dengan pemakanan dan sebab tu sangat penting untuk korang tau cara mudah menurunkan berat badan dengan pemakanan yang betul dan tanpa perlu berlapar pun. Jadi, hapuskan kilo tambahan denkat badan korang tu dengan ikut cara mudah ini:

1. Minum air suam / mineral yang banyak

Air adalah anugerah terbaik yang telah diberikan kepada kita. Minum air dapat buat diri kita terhidrasi dan menghilangkan toksin dari badan. Oleh itu, minum air yang mencukupi dapat membantu mengekalkan keseimbangan elektrolit yang tepat. Berdasarkan penyelidikan yang dilakukan, minum air suam / mineral sekurang-kurangnya 4 hingga 5 liter air dapat membantu dalam kuruskan badan.

2. Banyakkan serat dalam makanan korang

Serat sangat membantu dalam mengurangkan proses usus. Orang dewasa memerlukan sekitar 28 peratus serat secara purata untuk sistem pencernaan yang sihat. Ia membantu mengikat sisa usus dan meredakan pergerakan usus dengan bertindak sebagai pencahar semula jadi.

Selain itu, menambah sumber semulajadi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran untuk diet anda boleh membantu dalam penurunan berat badan dengan membuang toksin dari badan. Oleh itu, untuk korang turunkan berat badan dengan cepat, menambah jumlah serat yang baik dalam diet korang adalah idea yang baik.

3. Buat minuman detoks dan minum

Tambah beberapa buah-buahan, sayur-sayuran dan herba semulajadi dalam air bukan sahaja dapat meningkatkan kesihatan tetapi dalam masa yang sama dapat membantu menguruskan berat badan.

Sebagai contoh, dengan letakkan hirisan timun, limau atau oren dalam air suam / mineral boleh menambahkan banyak nutrien dalam minuman detoks korang.  Jika korang nak turunkan berat badan dengan cepat, boleh cuba resepi ni. Rendam kayu manis atau biji jinten semalaman dan minum air rendaman tu sepanjang hari.

4. Potong pengambilan gula

Gula adalah punca utama beberapa penyakit yang berbahaya seperti diabetes, kencing manis dan lain-lain. Oleh itu, langkah pertama ke arah perjalanan penurunan berat badan yang sihat harus bermula dengan ini! Makanan dan minuman yang manis membawa kepada kenaikan segera paras gula dalam darah dan seterusnya membawa kepada pengumpulan lemak.

Ramai yang susah nak elak makanan dan minuman yang manis ni. Sebab tu ramai yang gagal dalam proses turunkan berat badan walaupun bersenam gila-gila. Jadi benda ni yang perlu korang amik berat kalau betul-betul nak kuruskan badan.

5. Elakkan makanan proses

Selain daripada gula, makanan proses pun ramai yang susah nak elak. Sebab ianya senang nak masak, senang nak beli dan sedap pulak tu. Kenapa kita kena elak makanan proses ni?

Kerana ianya penuh dengan karbohidrat, gula, minyak, garam serta pengawet. Makan makanan proses ni memang penyumbang besar peningkatan berat badan selain daripada gula. Jadi, elak makanan yang diproses dari diet korang ni, dapat bantu korang memenangi separuh pertempuran untuk penurunan berat badan.

Inspirasi untuk korang yang nak turunkan berat badan >>> Transformasi Gambar Kuruskan Badan Sebelum dan Selepas Yang Mengejutkan!

Photo by rawpixel.com from Pexels

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *