5 Fitness Apps Untuk Workout Di Rumah

fitness apps

Untuk mulakan workout di gim atau kelab sukan mungkin agak sukar bagi sesetengah orang kerana disebabkan faktor wang dan juga masa. Bagi yang baru ingin mulakan aktiviti workout  ini mungkin tercari-cari tempat atau cara workout yang boleh mereka lakukan dengan berkesan.

Bagi yang menghadapi masalah itu, anda jangan risau. Anda boleh gunakan fitness apps di smartphone dan dilakukan di rumah sahaja untuk lakukan workout. Hanya perlu install sahaja dan ikut sahaja langkah-langkah yang diberikan di fitness apps tersebut.

Setiap workout telahpun disusun oleh trainer-trainer yang berpengalaman dalam dunia sukan. Berikut adalah 5 fitness apps untuk workout di rumah:

1. Aaptiv: #1 Audio Fitness App

fitness apps

Fitness apps ini sesuai untuk mereka yang baru ingin mula workout. Setiap sesi workout adalah berbeza dan trainer juga adalah berbeza. Setiap workout adalah lebih kurang dalam 7 minit. Jadi anda tidak perlu masa yang lama untuk workout. Pengguna boleh pilih workout apa yang pengguna inginkan termasuk yoga dan juga berbasikal. Fitness apps ini beri anda 30 hari percubaan percuma dan selepas itu anda boleh pilih untuk bayar yuran secara tahunan atau bulanan.

2. Daily Workouts Fitness Trainer

fitness apps

Untuk fitness apps ini, anda hanya boleh gunakan beberapa sesi workout sahaja secara percuma. Jika anda mahukan sesi workout yang penuh, ada bayaran yang dikenakan. Antara workout yang diberikan adalah badan penuh (full body), kardio, kaki, lengan dan juga perut (abs). Setiap sesi workout adalah selama lima sehingga 10 minit dalam versi percuma. Selain download ke smartphone, anda juga boleh download di komputer/laptop juga.

3. Daily Yoga – Workout & Fitness

fitness apps

Bagi peminat yoga, ini adalah fitness apps untuk anda. Untuk download, anda perlu membayar sekitar $10 sebulan atau sekitar $40 setahun. Dengan Daily Yoga ini, anda boleh mengakses lebih daripada 100 kelas yoga mengikut tahap anda sama ada beginner hinggalah ke tahap advanced.

4. FitStar

fitness apps

Ramai orang lebih suka menggunakan fitness apps ini kerana ia menyesuaikan workout anda berdasarkan tahap kecergasan anda. Selepas melakukan beberapa workout, anda boleh memberikan maklum balas anda tentang workout anda dan ianya akan menggunakan maklum balas anda untuk membuat dan membangunkan rutin untuk mengikuti cabaran anda.

5. Sworkit: Workouts & Plans

fitness apps

Dengan fitness apps ini, pengguna boleh melakukan pelbagai jenis latihan seperti kekuatan, kardio, yoga, dan streching. Pengguna itu boleh mempunyai latihan selama lima minit sehingga boleh mencapai satu jam bergantung kepada keinginan pengguna tersebut. Apa yang anda perlukan adalah mengikuti langkah-langkah dalam video yang muncul dengan betul.

Sebenarnya, terdapat banyak apps dalam kategori fitness ini. Tetapi, selain daripada menggunakan apps, anda juga boleh workout di rumah dengan cara ini. Tak kira anda gunakan apps atau tidak untuk workout, yang penting workout perlu ada dalam rutin harian anda untuk kekalkan gaya hidup yang sihat.

Kredit: Photo by bruce mars from Pexels

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *