5 Perkara Anda Perlu Lakukan Selepas Workout

5 Perkara Anda Perlu Lakukan Selepas Workout

Ramai yang lepas workout terus ke mamak ataupun balik rumah terus tido. Tau la penat workout kan. Tapi, ada sesuatu anda kena buat lepas workout. Jangan terus habis macam tu sahaja. Di sini saya akan senaraikan 6 perkara anda perlu lakukan selepas workout. Jadi, pastikan anda lakukan 6 perkara ini selepas workout:

1. Minum banyak air

Selepas anda workout, badan anda kehilangan banyak air. Jadi, jangan biarkan badan anda dehydrate. Jangan lupa untuk minum banyak air selepas workout. Minum air 500 – 1000 ml setiap jam anda workout. Ianya untuk mengelakkan badan anda menjadi lesu atau dehydrate selepas workout. Takut pengsan nanti selepas workout. Jadi pastikan anda minum air secukupnya selepas workout.

2. Jangan makan makanan yang tidak sihat

Anda tidak boleh amalkan diet yang tidak sihat. Makanan yang tidak sihat akan memudaratkan anda. Jadi, kalau anda makan makanan yang tidak sihat, buat penat je anda workout. Banyak lagi makanan sihat yang sedap yang anda boleh makan.

3. Buat regangan selepas workout

Selepas workout jangan terus balik atau makan. Buat regangan dulu selepas workout. Buat regangan yang simple-simple pun dah okay. Regangan selepas workout ni membuatkan proses pemulihan otot berjalan dengan lebih baik. Jadi, jangan lupa buat regangan selepas workout okay.

4. Bersihkan atau kemaskan barangan anda atau alatan gim selepas workout

Pandai guna pandai simpan la kan. Pastikan segala dumbell, barbell atau apa sahaja alatan gim yang anda guna, anda letakkan balik kat tempatnya selepas anda workout. Bertimbang rasalah dengan orang lain. Jangan biarkan ruang yang anda workout tadi bersepah sebab orang lain pun nak workout dengan selesa juga. Jangan sampai petugas gim atau owner gim tak bagi anda masuk lagi. Hormatilah pengguna yang lain untuk workout.

5. Share pada orang ramai

Cuba anda share pada orang ramai selepas anda workout. Bukan nak menunjuk cuma berikan mereka inspirasi dan motivasi untuk amalkan gaya hidup yang sihat. Mesti ada orang yang bermotivasi melihat anda workout. Terapkan kata-kata semangat kepada mereka, bukan kata-kata yang poyo ye..hehe. Kita tak tau mungkin ada di kalangan mereka yang perlukan motivasi apabila melihat anda berjaya kuruskan badan atau bina badan. Jadi, share workout anda pada orang ramai.

Mahu bina badan dan dapatkan badan sado dengan cepat? Klik di sini untuk info lanjut.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *