5 Senaman Kecilkan Peha, Betis & Perut Di Rumah

senaman kecilkan peha, betis & perut

Anda sesiapa yang rasa malu, kurang keyakinan diri dengan peha, betis dan perut yang besar? Kalau ada, anda tak perlu risau lagi. Dengan 5 senaman kecilkan peha, betis dan perut ini, anda dapat ubah bentuk badan anda tanpa anda pergi ke gym.

Senaman ini anda boleh lakukan dekat rumah, taman ataupun dekat tempat kerja, pun boleh jugak. Jadi tidak ada alasan untuk anda lakukan senaman ini. Ianya mudah sahaja. Jika anda betul-betul mahu lakukan transformasi dan membuat kejutan kepada ramai orang, lakukanlah dengan konsisten senaman kecilkan peha, betis dan perut ini:

1. Lari di tangga

Jika anda tinggal di rumah yang ada tangga seperti rumah flat, kondominium, apartment mahupun rumah teres 2 tingkat, lari menaiki tangga tersebut. Ianya adalah senaman yang bagus untuk membentuk otot di betis.

Bukan setakat di rumah sahaja, jika anda bekerja di bangunan yang tinggi, anda juga boleh lakukan senaman ini. Jangan gunakan lif untuk menaiki pejabat.

2. Senaman skipping

Skipping ini adalah senaman kecilkan peha, betis dan perut yang berkesan. Ada kajian yang mengatakan, aktiviti skipping ini sangat efektif daripada joging kerana dalam tempoh masa 30 minit, ia membakar kalori yang lebih tinggi iaitu 420 kcal.

Anda boleh membeli tali skipping di pasaraya dan lakukan di rumah sahaja. Selain membeli anda juga boleh buat sendiri tali skipping dengan menggunakan gelang getah yang kecil. Satukan gelang getah tersebut seperti rantai mengikut panjang yang anda inginkan.

3. Aktivit squat

Lakukan aktiviti squat ini, dalam 30-50 sehari. Squat ini boleh dilakukan secara santai sahaja. Ketika hari pertama, buat squat ini sebanyak yang anda mampu sahaja. Dan tambahkan bilangan tersebut dari hari ke hari.

Jika ingin lakukan yang advance, letakkan bebanan di belakang badan seperti barbell atau apa sahaja yang berat. Aktiviti squat ini bukan setakat senaman kecilkan peha, betis dan perut sahaja, malah ianya memberi reaksi otot hampir keseluruhan badan.

4. Larian sprint

Larian sprint ini bermaksud larian pecut. Bukannya lari-lari anak atau joging. Lari sprint ini memang sangat memenatkan. Sebab itu ianya efektif. Jika anda lari sprint selama satu jam, ianya dapat membakar lemak lebih banyak jika anda berjoging selama sehari.

Untuk larian sprint ini, ianya sesuai dilakukan di kawasan lapang seperti padang atau taman yang luas.

5. Gunakan mesin treadmill

Kalau anda ada duit lebih dan ruang rumah yang luas, maka anda bolehlah beli satu dan letakkan di rumah. Dengan mesin treadmill ini, anda boleh lakukan aktiviti joging atau larian sprint.

Yang bestnya kalau anda bersenaman gunakna mesin treadmill, anda boleh lakukannya sambil menonton tv, movie, YouTube atau Netflix. So, bolehlah tengok k-pop, drama melayu, anime dan macam-macam lagi sambil bersenam.

Senaman di atas semuanya sangat mudah dilakukan dan tidak perlukan kos yang banyak pun kecuali mesin treadmill. Lakukannya dengan konsisten dan anda akan berpuas hati dengan hasilnya. Senaman ini hanya fokus untuk kurus sahaja, jika anda mahu sado pergilah ke gym. Ataupun ikut cara ini, 7 Cara Bina Badan di Rumah.

Selamat menguruskan badan 😎

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *