5 Senaman Kuruskan Badan Boleh Dilakukan di Rumah

5 Senaman Kuruskan Badan Boleh Dilakukan di Rumah

Banyak senaman kuruskan badan yang boleh anda lakukan untuk kuruskan badan. Anda boleh lakukan di gim, taman, rumah atau mana-mana sahaja. Senaman kuruskan badan yang paling mudah adalah lakukan di rumah sahaja. Anda tak perlu laburkan duit di gim dan tak perlu risau tentang cuaca di luar.

Senaman kuruskan badan yang akan saya kongsikan ini memudahkan kepada mereka yang sibuk bekerja atau yang malas nak keluar rumah. Senaman kuruskan badan ni sesuai untuk siapa-siapa sahaja tidak kira wanita, lelaki, tua atau muda. 5 senaman kuruskan badan yang boleh anda lakukan di rumah adalah:

1. Jumping Jack Burpee

Burpees adalah salah satu senaman High Intensity Interval Training (HIIT). Burpees memang satu senaman kuruskan badan yang sangat efektif. Ia akan meningkatkan kadar degupan jantung anda. Selain itu, burpees juga efektif untuk upper dan lower body.

Berdiri lurus dan kemudian turunkan badan anda dengan posisi push up. Step seterusnya buat posisi seperti mencangkung dan lompat keatas sambil mengangkat kedua-dua tangan keatas . Buat sekurang-kurangnya 10 kali. 

5 Senaman Kuruskan Badan Boleh Dilakukan di Rumah Sahaja

Picture Credit : Cross Fit Exclamation

2. Mountain Climbers

Berada dalam posisi push up, kedepankan kaki anda selang seli antara kaki kiri dan kaki kanan. Buat sekurang-kurangnya 10 kali. Mountain climbers ni antara senaman kuruskan badan yang mudah hendak dilakukan. 

5 Senaman Kuruskan Badan Boleh Dilakukan di Rumah Sahaja

Picture Credit : HIIT Academy

3. Toe Taps

Toe Taps ni adalah senaman kuruskan badan yang menggunakan kaki dan membantu untuk membakar kalori yang banyak. Anda perlukan objek seperti kerusi yang rendah ataupun boleh guna tangga yang dibawah sekali. 

Tap kaki anda dibahagian objek tersebut dengan gaya seperti berjoging. Lakukan sekurang-kurangnya 10 kali.

5 Senaman Kuruskan Badan Boleh Dilakukan di Rumah Sahaja

Picture Credit : Popsugar

4. Lunges

Lunges juga adalah senaman kuruskan badan yang menggunakan kaki. Ianya mudah sahaja. Anda berdiri lurus, kemudian langkah satu kaki kehadapan dan turunkan badan separuh. Lepas tu, kembali semula ke posisi berdiri dan ulang step yang sama menggunakan satu kaki lagi. Lakukan sekurang-kurangnya 10 kali.

5 Senaman Kuruskan Badan Boleh Dilakukan di Rumah Sahaja

Picture Credit : Coachmag

5. Plank

Plank merupakan senaman kuruskan badan yang mudah dan popular. Ianya tidak perlukan pergerakan tetapi ia mampu untuk membakar kalori yang banyak. 

Badan anda perlu berada dalam posisi push up. Letakkan tangan anda sehingga ke siku ke lantai. Dan tetapkan posisi tersebut sekurang-kurangnya 30 saat untuk beginner

5 Senaman Kuruskan Badan Boleh Dilakukan di Rumah Sahaja

Picture Credit : Tribun Jatim

Semoga anda dapat lakukan senaman kuruskan badan ini untuk mencapai matlamat anda untuk kurus. 5 senaman kuruskan badan ini bukan setakat mudah dan boleh dilakukan di rumah malah ianya juga mampu membakar lemak dan kalori yang banyak. Anda boleh tambah berapa kali anda nak buat, ikut pada stamina anda. Jadi, tunggu apa lagi? Jom lakukan 5 senaman kuruskan badan ini!

Mahu bina badan dan dapatkan badan sado dengan cepat? Klik di sini untuk info lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *