5 Tip Kurus Dengan Cepat Tanpa Supplement

Tip Kurus Dengan Cepat Tanpa Supplement

TIP KURUS DENGAN CEPAT UNTUK SEMUA

Ada ke tip kurus dengan cepat tanpa menggunakan supplement ini? Boleh percaya ke dengan supplement yang ada di pasaran luar sekarang ini? Sekarang ini, kalau kita lihat dan perasan, banyak supplement untuk kuruskan badan dengan cepat. Tetapi adakah ianya selamat dan sesuai untuk kita. Walaupun mereka mendakwa, produk mereka mendapat kelulusan KKM dan berkhasiat, kita perlu buat kajian juga sebelum membeli supaya ianya tak memudaratkan kita dan tidak membazirkan duit kita.

Bukanlah salah untuk kita ambil supplement atau memboikot produk supplement di luar sana tetapi janganlah kita bergantung 100% pada supplement untuk kuruskan badan dengan cepat. Kerana ada cara yang mudah, murah dan selamat untuk kita amalkan dan ianya berkesan dengan mengikut tip kuruskan badan dengan cepat ini:

 

1. Makan ikut kalori harian

Kawal pemakanan anda dengan makan ikut kalori harian anda. Jika badan anda memerlukan sebanyak 1500 kalori sehari, janganlah anda makan sehinggan 3000 kalori sehari. Itu yang menyebabkan berat anda naik dengan cepat.

Macam mana nak tau berapa kalori yang diperlukan oleh badan kita?

Ada formula seakan formula matematik untuk kira jumlah kalori harian ini. Tetapi untuk memudahkan, anda boleh Google sahaja Calorie Calculator.

calorie calculator

 

Anda hanya masukkan maklumat seperti umur, jantina, tinggi, berat dan kekerapan bersenam dan klik butang ‘Calculate’.

Keputusannya akan keluar dengan segera dengan menunjukkan jumlah kalori yang bersesuaian mengikut maklumat yang anda berikan. Anda boleh gunakan calorie calculator ini sebagai panduan dalam pengambilan kalori harian anda.

Result Calorie Calculator

Untuk mengetahui jumlah kalori dalam sesuatu makanan tersebut, anda juga boleh google sahaja. Contohnya ‘jumlah kalori nasi’, dan banyak artikel yang keluar memberikan maklumat tersebut berserta dengan kalori makanan lain seperti kalori ayam goreng, roti canai, teh tarik dan sebagainya.

Sekarang ini pun, banyak apps telefon berkaitan dengan kiraan kalori ini yang boleh anda download. Anda hanya perlu masukkan makanan apa yang anda makan dan apps tersebut akan kirakan untuk anda. Mudah sahaja kan!

 

2. Elakkan makanan dan minuman bergula

Ini adalah antara penyebab utama kenaikan berat badan. Elakkan makanan dan minuman bergula seperti teh tarik, air bergas dan sebagainya. Jangan tunggu sehingga anda dapat penyakit seperti kencing manis atau diabetes baru anda hendak tinggalkan tabiat ini.

Badan anda perlukan gula juga untuk tenaga tetapi janganlah sampai berlebihan. Berdasarkan daripada Harvard T.H. Chan School of Public Health, kajian American Heart Association (AHA) mencadangkan had gula tambahan tidak lebih dari 100 kalori sehari (kira-kira 6 sudu teh atau 24 gram gula) untuk kebanyakan wanita dan tidak lebih daripada 150 kalori sehari (kira-kira 9 sudu teh atau 36 gram gula) untuk kebanyakan lelaki .

 

3. Banyakkan makan sayur atau buah

Sayur dan juga buah terdapat banyak nutrisi yang berkhasiat untuk badan kita. Selain itu, ia juga membekalkan vitamin dan anti-oksidan untuk badan kita agar kekal sihat. Ia juga mampu membuatkan anda kenyang dalam tempoh yang panjang seperti pisang. Jadi, anda tak perlu makan berlebihan kerana pisang tersebut memberikan anda tenaga dan juga membuatkan anda kenyang tanpa perlu ambil makanan lain.

Sebab itu kalau anda perasan, orang dulu-dulu kurang dapat penyakit kronik dan umur mereka panjang disebabkan amalan makan sayur dan juga buah.

 

4. Banyakkan minum air masak/suam/mineral

Secara umum kita sebut air masak la. Air masak sangat penting kerana badan kita memerlukan banyak air untuk kekal hidrasi. Berdasarkan daripada Mayo Clinic, kajian The U.S. National Academies of Science, Engineering and Medicine menetapkan bahawa pengambilan air harian yang mencukupi untuk tubuh badan kita adalah:

  • Kira-kira 15.5 cawan (3.7 liter) cecair sehari untuk lelaki
  • Kira-kira 11.5 cawan (2.7 liter) cecair sehari untuk wanita

Cadangan ini merangkumi cecair dari air, minuman dan makanan lain. Kira-kira 20% pengambilan cecair harian biasanya berasal dari makanan dan selebihnya dari minuman.

Jumlah pengambilan air ini juga bergantung pada beberapa faktor seperti senaman, cuaca, kesihatan atau mengandung/menyusukan anak. Jika kehidupan seharian anda menepati faktor tersebut makan anda perlu minum lebih banyak lagi air.

Untuk mengetahui adakah badan anda cukup air atau tidak, cara mudah dan umumnya adalah dengan melihat warna air kencing anda. Jika jernihnya warnanya makan badan anda sudah cukup air. Jika masih ada lagi kekuningan warnanya, maka anda perlu minum lagi air masak. Ini adalah secara umumnya sahaja. Untuk tahu lebih lanjut, anda perlu dapatkan nasihat doktor pakar.

 

5. Banyakkan berjalan atau berjogging

Jika anda tidak ada kemampuan dari segi meluangkan masa atau wang di gym, anda boleh lakukan aktiviti berjalan atau berjogging untuk kurus dengan cepat. Ya, dengan berjalan pun anda dapat menguruskan badan. Yang penting anda perlu selalu bergerak.

Berdasarkan dari Mayo Clinic, secara umumnya sasarkan sekurang-kurangnya 30 minit aktiviti fizikal setiap hari. Sekiranya anda ingin menurunkan berat badan, mengekalkan berat badan atau memenuhi tujuan kecergasan tertentu, anda mungkin perlu lebih banyak meluangkan masa untuk bersenam.

Antara aktiviti bersenam yang sangat mudah untuk kita luangkan dalam masa 30 minit tersebut adalah dengan berjalan, berjogging, skipping (lompat tali) dan juga berenang. Jika anda berkeluarga, ajak keluarga anda bersiar-siar dengan berjalan di taman ataupun boleh juga di kompleks beli-belah untuk tidak merasa bosan. Jika ditempat tinggal anda ada fasiliti kolam, maka anda boleh lakukan aktiiti berenang.

 

KESIMPULAN

Mudah sahaja untuk kuruskan badan dengan cepat tanpa supplement ini. Anda juga dapat menjimatkan wang tanpa mengeluarkan belanja yang besar untuk sesuatu supplement. Produk supplement di pasaran sekarang bukannya murah. Jika anda ingin mengambil supplement tidak menjadi satu kesalahan, tetapi jangan bergantung 100% dan dapatkan nasihat daripada doktor pakar terlebih dahulu.

Untuk cara yang mudah, murah dan selamat, anda boleh ikuti tip kurus badan dengan cepat di atas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *