5 Tips Badan Sado Dengan Cepat & Berkesan

badan sado

Mempunyai badan sado adalah impian kebanyakan lelaki di luar sana. Antara cabaran yang paling susah untuk dapatkan badan sado adalah konsistensi dalam workout. Hendak dapatkan badan sado bukanlah secepat seminggu dua, tetapi ianya mengambil masa berbulan malah bertahun pun ada. Jadi kesabaran perlu ada jika hendak badan sado.

Ramai yang beranggapan kalau workout lebih, lebih banyak otot akan muncul. Ianya tidak semudah itu. Workout dan juga cara pemakanan berkait rapat dalam bina badan. Anda perlukan pengambilan kalori yang lebih dan workout yang betul untuk dapatkan badan sado. Berikut adalah 5 tips yang boleh anda lakukan:

1. Elakkan rendah diet karbohidrat untuk dapatkan badan sado

Rendah diet karbohidrat bagus untuk proses cutting tapi anda perlu elakkan jika anda dalam proses bulking (bina badan). Anda perlukan karbohidrat untuk tenaga ketika workout. Karbohidrat sangat penting sebelum sesi workout dan memberi kesan yang pantas selepas workout. Dengan memakan karbohidrat kompleks akan memulihkan glycogen dalam otot anda untuk aktiviti yang seterusnya. Ini adalah faktor yang utama keberkesanan dalam proses bulking (bina badan).

2. Elakkan alkohol

Walaupun minum dengan jumlah yang sedikit ianya boleh memberi kesan kepada sesi pemulihan dan tidur. Sesi pemulihan otot sangat penting dalam bina badan dan ianya berlaku ketika kita sedang tidur. Oleh sebab itu, elakkan minum alkohol sebelum tidur (bagi bukan Muslim)

3. Dapatkan sumber protein yang banyak

Untuk anda yang aktif workout, dicadangkan anda ambil dalam 2-3 gram protein dalam setiap kilogram berat badan. Ianya sumber yang penting untuk membantu membina otot anda supaya membesar.

4. Angkat bebanan yang berat

Untuk dapatkan badan sado, anda perlu main berat. Maksudnya anda perlu angkat bebanan yang berat. Sia-sia sahaja kalau anda main ringan. Untuk permulaan memang boleh main ringan untuk memberi kebiasaan kepada otot anda. Semakin lama anda main, anda perlu main berat untuk mencabar otot anda supaya membesar. Sebagai contoh, anda boleh cuba 3 set dari 12 reps, 10 dan 8 diikuti menambah berat bebanan set yang seterusnya.

5. Ubah workout

Maksudnya di sini bukanlah anda perlu ubah keseluruhan workout anda tetapi ubah dari segi bilangan sets, reps, tempoh berehat dan intensiti. Ianya untuk menghilangkan kebiasaan otot anda dengan cara workout yang sama dan memberi cabaran baru kepada otot anda supaya membesar dengan cepat.

Dengan 5 tips yang diberikan, harapnya dapat membantu mencapai impian anda untuk dapatkan badan sado. 5 tips berikut akan berkesan sekiranya anda lakukan dengan konsisten.

Photo by GEORGE DESIPRIS from Pexels

Mahu bina badan dan dapatkan badan sado dengan cepat? Klik di sini untuk info lanjut.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *