5 Tips Kekal Kurus di Hari Raya

5 Tips Kekal Kurus di Hari Raya

Ramadan bakal pergi dan Syawal bakal menjelma. Yang target nak kurus di bulan puasa ni, berjaya tak? Kalau berjaya kurus alhamdulillah.. Tapi di hari raya nanti, itulah ujian sebenar anda untuk kekal kurus.

Hari raya memang tidak dapat lari dengan juadah makanannya. Banyak makanan yang sukar untuk kita tolak. Contohnya lemang, ketupat, rendang, soto, kuih raya dan sebagainya. Kalau tak makan nanti orang kat sombong pula. Kalau makan nanti tak kurus la pulak.

Ramai yang berjaya kurus di bulan puasa tetapi kembali ‘berisi’ ketika hari raya. Hanya sempat merasa kurus di bulan puasa sahaja. Anda jangan risau, anda masih boleh makan makanan kegemaran anda di hari raya dan dalam masa yang sama boleh kekal kurus. Macam mana tu?

Bagi anda yang ingin kekal kurus, anda boleh ikut 5 tips kekal kurus di hari raya ini:

1. Berjaga-jaga dengan kalori

Seperti yang saya katakan tadi, hari raya memang meriah dengan makanan. Air biasa-biasa je. Untuk mengurangkan terambil kalori berlebihan supaya kekal kurus, elakkan pengambilan kalori daripada air. Kalori makanan takde masalah sangat. Tapi still kena jaga makan jugak. Nanti kalau sumbat semua, takut muntah atau sakit perut pulak.

2. 1 rumah terbuka = 1 meal

Di hari raya ni, memang banyak jemputan rumah terbuka. Kalau tak pergi dengan alasan nak kurus, memang tak boleh terima. Anda masih boleh kekal kurus walaupun banyak pergi ke rumah terbuka. Anda makan 1 hidangan di setiap rumah terbuka dengan jarak 2 atau 3 jam diantara setiap rumah terbuka. Dengan cara ini, anda masih boleh kekal kurus.

3. Ratio 5:2

Ratio 5:2 ini apa? 5:2 ini merujuk pada hari. 5 hari weekdays, 2 hari weekends. Untuk kekal kurus pada hari raya, anda makan makanan yang sihat dan seimbang pada 5 hari weekdays. Kerana kebiasaannya rumah terbuka dilakukan pada hari sabtu dan ahad. Jadi 5 hari weekdays anda boleh cover balik cara atau diet pemakanan anda.

4. Seimbangkan jenis makanan

Macam-macam juadah di hari raya. Rasa nak makan semua. Tapi untuk kekal kurus, anda cuba makan makanan yang seimbang. Macam mana tu? Sebagai contoh, ambil sumber karbohidrat (nasi, ketupat dan lain-lain), sumber protein (ayam, daging dan lain-lain) dan juga sayur-sayuran atau buah-buahan.

5. Enjoy di hari raya

Janganlah disebabkan anda nak kekal kurus, anda tolak nikmat makanan di hari raya ini. Bergembiralah di hari raya ini. Makanlah makanan kegemaran anda. Cuma janganlah makan berlebihan. Berhentilah sebelum kenyang  😀

Anda masih boleh kekal kurus dengan 5 tips di atas. Anda juga boleh amalkan di bulan-bulan yang lain. Selain itu, anda juga kekal kurus dengan kerja-kerja mengemas kampung halaman anda. Selamat Hari Raya Aidilfitri!

Photo by Chan Walrus from Pexels

Mahu bina badan dan dapatkan badan sado dengan cepat? Klik di sini untuk info lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *