5 Tips Kurus Selepas Bersalin Untuk Para Ibu

Kurus selepas bersalin

Tahniah kepada sesiapa yang telah selamat melahirkan anak, syukur alhamdulillah. Kesusahan dan kesakitan sewaktu anda hamil dan melahirkan anak, memberikan hadiah yang terbaik buat keluarga anda iaitu seorang cahaya mata. Walaupun begitu, kehamilan ini juga memberikan anda sesuatu yang mungkin anda tidak suka atau benci, iaitu penambahan berat badan.

Kebanyakan wanita khususnya menginginkan bentuk badan yang kurus dan ramping. Jika tidak hamil, anda mungkin boleh kekalkan bentuk badan tersebut tetapi jika anda hamil dan melahirkan anak, anda tidak akan terlepas dalam masalah penambahan berat badan ini kerana ia adalah normal bagi wanita selepas melahirkan anak.

Namun anda jangan risau kerana anda boleh dapatkan bentuk badan anda seperti sebelumnya jika anda ikut tips kurus selepas bersalin ini. Anda boleh lihat banyak selebriti yang tetap kurus dan ramping selepas mereka melahirkan anak. Jadi, apa rahsia mereka? Sebenarnya tiada rahsia, mereka cuma ikut tips kurus selepas bersalin ini:

1. Susukan bayi anda

Terdapat banyak kelebihan bagi ibu yang dapat susukan bayi mereka. Antaranya adalah memberikan nutrisi pada bayi, menyokong immune sistem bayi dan mengurangkan risiko penyakit kepada bayi dan juga ibu. Jadi pastikan anda dapat hasilkan susu badan untuk diberikan kepada anak anda.

Apa kaitan susukan bayi dengan kuruskan badan?

Berdasarkan kajian, bagi ibu yang susukan bayi mereka, aktiviti penyusuan ini dapat membakar sehingga 500 kalori sehari. Ianya bersamaan dengan beberapa jenis workout. Dalam satu kajian lain pula mendapati 4,922 wanita yang menyusukan bayi telah kehilangan dalam anggaran 1.68 kg berat badan selepas 6 bulan melahirkan anak.

2. JANGAN diet secara drastik

Diet secara drastik adalah diet rendah kalori yang bertujuan untuk menurunkan berat badan yang banyak dalam masa yang singkat. Ianya mungkin akan memberikan impak yang teruk kerana diet drastik ini memberikan anda kurang nutrien yang penting dan menyebabkan anda penat.

Ini kerana setelah melahirkan bayi, tubuh anda memerlukan nutrisi yang baik untuk sembuh dan mengembalikan semula tenaga. Di samping itu, anda memerlukan kalori lebih banyak daripada biasa supaya dapat menyusukan bayi anda. Yang penting adalah mendapatkan makanan yang berkhasiat.

3. Bersenam

Untuk menguruskan badan dan juga sihat, anda mesti kena bersenam di samping makan makanan yang berkhasiat. Kombinasi ini adalah faktor utama untuk menguruskan badan. Jika anda memang jenis yang bersenam walaupun sebelum mengandung, teruskan senaman anda dan dapatkan nasihat doktor atau pakar senaman untuk mengetahui senaman yang baik untuk ibu yang baru melahirkan bayi.

Tak sempat bersenam sebab sibuk menjaga bayi?

Anda boleh lakukan senaman bersama bayi anda sekali. Senaman yang paling mudah sekali adalah berjalan. Cuba berjalan sebanyak yang boleh bersama dengan bayi anda. Anda boleh berjalan bersama bayi di taman atau sambil membeli barang rumah di pasar atau kedai tempatan. Ajak suami anda sekali. Tidaklah bosan asyik duduk di rumah sahaja kan..

4. Minum air yang banyak

Minum air sepanjang hari untuk membantu anda terus terhidrat dan berasa kenyang. Kajian mendapati bahawa hanya dengan minum 1 liter air atau lebih sehari, wanita boleh kehilangan 2 kg dalam setahun.

Tambahan lagi, jika anda minum 1.5 liter air anda akan membakar 24-30% lebih banyak kalori pada waktu berikutnya. Minum air je dah dapat turunkan berat badan. (Air disini bermaksud air mineral/air suam).

Bagi wanita menyusu, kekal hidrasi adalah penting untuk menggantikan cecair yang hilang melalui pengeluaran susu. Dan, elakkan kafein berlebihan jika anda menyusu.

5. Dapatkan tidur yang cukup

Sejujurnya memang susah untuk mendapatkan tidur yang cukup jika anda baru menjadi seorang ibu, tetapi anda harus cuba untuk mendapatkan tidur yang cukup.

Tidak mendapat tidur secukupnya boleh menjejaskan metabolisme anda dan melambatkan proses penurunan berat badan anda.

Dapatkan kerjasama dengan si suami dalam menguruskan kerja rumah dan menguruskan bayi. Tidur sebentar sementara bayi anda tidur. Pam susu untuk persediaan suami anda. Tunjukkan suami anda bagaimana untuk memberi minum susu kepada bayi ketika anda tidur.

Dengan perkongsian 5 tips kurus selepas bersalin ini, diharapkan dapat memberi manfaat kepada wanita diluar sana khususnya yang selepas bersalin. Dapatkan juga nasihat dari doktor untuk mengamalkan apa-apa sahaja tips selepas bersalin ini tidak kira mahu kurus selepas bersalin, mahu tambahkan susu, penjagaan bayi dan macam-macam lagi. Ianya adalah untuk kesihatan dan keselamatan ibu dan anak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *