5 Tips Mudah Untuk Amalkan Gaya Hidup Sihat

5 Tips Mudah Untuk Amalkan Gaya Hidup Sihat

Anda mesti ingat nak sihat mesti kena exercise je. Memang betul pun. Tetapi ada cara lain juga yang mudah untuk kita amalkan gaya hidup yang sihat. Ianya boleh diamalkan dalam kehidupan seharian kita tanpa kita sedari.

Berikut adalah tips mudah untuk amalkan gaya hidup sihat:

1. Kurangkan Pengambilan Makanan atau Minuman yang Bergula

Nak sihat kita tak perlu nak tinggalkan gula terus. Kita masih memerlukan pengambilan gula untuk kekal bertenaga. Cuma yang tidak sihat adalah pengambilan gula yang berlebihan. Pengambilan gula yang berlebihan akan membawa kita kepada penyakit seperti diabetis, kencing manis dan sebagainya. Jadi, untuk kekal sihat kurangkan pengambilan makanan atau minuman yang bergula.

2. Minum air masak secukupnya

Pastikan anda minum air masak yang secukupnya jika ingin sihat. Terpulang pada anda nak minum banyak mana. Tetapi, ada pendapat yang syorkan kita minum air suam 8 gelas sehari. Pengambilan air masak ini dapat mengelakkan kita daripada dehidrasi. Pengambilan air masak juga dapat menjadikan kulit kita sihat.

3. Naik tangga atau jalan kaki

Anda sibuk gila sampai tidak ada masa untuk bersenam? Bagi anda sibuk, boleh cuba cara ini untuk kekal sihat. Anda boleh naik tangga di pejabat anda berbanding lif. Atau banyakkan berjalan kaki. Secara tidak langsung, aktiviti ini juga boleh jadi sebahagian daripada senaman dan dapat menjadikan tubuh badan sihat.

4. Berpuasa sebentar (Intermittent Fasting)

Puasa sememangnya satu perbuatan yang sihat. Antara kelebihan berpuasa dari sudut kesihatan adalah, meningkatkan metabolisme badan, mengurangkan risiko saluran arteri tersumbat, meningkatkan kesihatan jantung, memperbaiki proses kitar semula sel dan banyak lagi. Tidak hanya di bulan Ramadhan, anda juga boleh berpuasa pada bulan-bulan yang lain. Bagi orang Islam, puasa pada hari isnin dan khamis adalah sunat.

5. Sentiasa berdamping dengan orang yang positif dan memberi inspirasi

Macam mana berdamping dengan orang yang positif dan memberi inspirasi dapat membuatkan tubuh badan kita sihat? Apabila anda berdamping dengan orang yang positif, anda akan dapat aura positif mereka dan akan melatih fikiran anda untuk sentiasa positif. Anda boleh elakkan stress, migrain dan sebagainya. Jadi bila anda kurang stress, anda dapat kekal sihat. Stress dapat memberi pelbagai penyakit.

Mudah kan 5 tips untuk amalkan gaya hidup sihat tersebut. Anda boleh amalkan gaya hidup sihat ini dalam kehidupan seharian anda tanpa menganggu kerja, keluarga dan waktu anda. Selamat mencuba!

Photo by Neko Tai on Unsplash 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *