5 Tips Post Workout Bantu Cepat Turunkan Berat Badan

Tips Post Workout Bantu Cepat Turunkan Berat Badan featured image

Post workout amat penting untuk dilakukan selepas bersenam. Antara kepentingannya adalah mengurangkan kecederaan ketika bersenam. Selain itu, post workout ini juga dapat mempercepatkan proses pemulihan otot dan proses turunkan berat badan atau naikkan otot. Jadi, kalau anda mahu cepatkan proses senaman anda, lakukan 5 tips post workout ini selepas bersenam:

1. Minum air

tips post workout minum air

Ini rasanya tidak menjadi masalah kepada anda. Kerana memang anda akan mencari air untuk menghilangkan kepenatan bersenam. Selain daripada menghilangkan kepenatan, minum air selepas bersenam dapat membantu mengawal suhu badan dan juga menggantikan balik kehilangan cecair kerana berpeluh. Minum air merupakan bahagian penting dalam rutin penurunan berat badan anda.

2. Sejukkan badan

tips post workout sejukkan badan

Pastikan anda ambil beberapa minit untuk menyejukkan badan. Maksud sejukkan badan ini bukanlah anda buka air-cond atau duduk bawah kipas, tetapi duduk atau berdiri dalam keadaan tenang sambil tarik nafas dalam-dalam dan hembuskannya.

Ianya adalah untuk membantu mengembalikan balik kadar degupan jantung anda dalam keadaan normal. Selain itu, ia juga untuk mengurangkan tekanan dalam badan anda.

3. Refresh

refresh badan lepas bersenam

Post workout yang ke-3 adalah jangan ambil masa yang lama untuk mandi. Ia bukan sahaja menghalang pori-pori anda daripada tersumbat, tetapi juga akan membuatkan anda merasa segar dan bertenaga sepanjang hari.

4. Regangan (Streching)

buat regangan (streching) lepas bersenam

Mesti ramai yang anggap streching ni hanya untuk sesi panaskan badan sebelum bersenam. Tetapi streching ni juga penting untuk dilakukan selepas bersenam. Ia mestilah menjadi sebahagian daripada rutin pasca latihan anda. Anda boleh buat sekurang-kurangnya satu regangan selama 30 saat atau lebih. Ini akan membantu dalam proses pemulihan otot.

5. Ambil makanan yang sesuai untuk post workout

makanan yang sesuai untuk post workout

Selepas menggunakan banyak tenaga ketika bersenam, anda mestilah makan untuk mengembalikan tenaga balik untuk teruskan kerja harian anda. Anda boleh memilih untuk makan makanan post workout atau snek selepas bersenam, bergantung kepada tahap rasa lapar yang anda rasakan selepas bersenam.

Anda boleh tambah beberapa protein dalam makanan seperti mentega kacang (peanut butter) atau telur. Tidak perlu makan makanan berat, cukup sekadar makanan yang ringkas untuk mengembalikan balik tenaga selepas rutin senaman yang berat.

Makan makanan yang sihat selepas bersenam adalah penting untuk penurunan berat badan.

> Baca tentang info pemakanan di siniĀ 

Photo by pexels.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *