Abs Workout – 8 Perkara JANGAN Buat Kalau Mahu Six Pack Yang Menonjol

Abs Workout - 8 Perkara JANGAN Buat Kalau Mahu Six Pack Yang Menonjol

Melakukan abs workout akan membuatkan six pack anda akan menonjol. Anda mesti ingat yang anda perlu lakukan senaman crunch, sit up yang keterlaluan dan diet yang ekstrem kalau anda nak six pack yang menonjol. Ianya tak betul. Sebenarnya semua orang ada six pack TETAPI lapisan lemak di sekeliling bahagian tengah anda yang membuatkan six pack anda tidak kelihatan ataupun menonjol.

Daripada pemerhatian saya, saya nampak ramai yang melakukan kesalahan untuk mendapatkan six pack yang menonjol. Apa yang berlaku selepas itu? Mereka berhenti separuh jalan kerana kecewa six pack yang degil untuk menonjolkan dirinya. Jadi untuk buat six pack anda menonjol, jangan lakukan 8 perkara ini:

1. Kerap melakukan senaman crunches

Saya tak kata yang abs workout seperti crunches ni tak bagus, memang ada bagusnya. Tetapi, ramai orang yang melakukan dengan cara yang salah dan beberapa bahagian otot tidak seimbang (teras yang lemah termasuk pinggang dan belakang) yang membuatkan senaman ini tidak efektif dan mengalami kesakitan. Kalau anda mahu hilangkan lapisan lemak, ianya bagus jika anda melakukan beberapa compound movement seperti squats, biceps curls, lunges atau overhead presses. Tambahan lagi senaman plank seperti push up dan high plank knee to elbow adalah senaman fat burners yang lebih baik daripada isolation exercise yang lain untuk six pack.

2. Diet yang ‘keras’

Bila anda ubah tabiat makan anda, jangan lakukan sesuatu yang anda tak boleh nak konsisten. Jika ia menjanjikan penurunan berat badan yang cepat, anda hampir boleh menjamin pulih dengan cepat. Ubah slow-slow, jangan buat perubahan yang mengejut. Orang kata, pelan-pelan kayu.

3. Buat abs workout setiap hari

Macam otot-otot yang lain, abs anda perlukan rehat juga! Tak bermakna anda tak boleh mengaktifkan teras anda semasa anda warm up dengan senaman seperti Planks, Inchworms dan latihan keseimbangan dan penstabilan yang lain, tetapi anda tak boleh latih mana-mana kumpulan otot anda dua hari berturut-turut termasuk abs anda. Anda perlu rehatkan otot anda sekurang-kurangnya 48 jam sebelum latih kumpulan otot yang lain.

4. Lupakan diet, telan apa saja

Abs bermula dari dapur. Anda kena amik berat tentang apa yang anda makan. Saya lihat orang yang workout 3-5 kali seminggu tapi ada tabiat makan yang teruk, dan mereka tertanya-tanya kenapa goal mereka tak tercapai. Kalau anda tak boleh hilangkan lemak, ianya boleh jadi sebab anda makan terlalu banyak atau anda tak cukup makan. Anda perlu tau apa yang anda makan contohnya jumlah kalori. Anda boleh download apps yang percuma untuk memudahkan anda tau apa yang anda makan antaranya 21 Day Fix Tracker, Keto Diet Meal Plan, Calorific dan My Diet Coach. Apa yang penting adalah, konsisten!

5. Workout rutin sama sepanjang 4-6 minggu

Bukan otak je bijak, badan kita pun bijak dan bagus dalam penyesuaian diri. Kalau anda sedar anda telah lakukan workout rutin yang sama je sepanjang bulan, cuba ubah sikit. Cuba rutin yang baru, takdelah bosan anda workout. Terdapat banyak workout rutin untuk setiap bahagin otot. Contohnya abs workout. Ada leg raises, cycling crunches, flutter kicks, kneel touches, russian twist, side bridges, leg pull in dan banyak lagi. Variasikan dan cuba rutin workout yang baru dari semasa ke semasa.

6. Stress sepanjang masa

Apabila hari-hari yang tertekan adalah perkara yang berulang yang membawa kepada kehidupan yang tertekan, ia boleh menjadi satu sebab yang besar mengapa anda tidak dapat melihat abs anda. Kajian menunjukkan stress yang kronik dikaitkan dengan tahap obesiti yang lebih tinggi. Kawal dan kurangkan stress anda dengan cara berjumpa kaunselor, bercuti, bersenam, solat (bagi yang muslim) dan macam-macam cara lagi.

7. Hanya buat low-intensity steady state cardio (LISS)

Seperti yang dinyatakan di nombor 5, anda kena variasikan rutin anda. Bila datangnya waktu cardio, anda bukan sahaja mahu berjalan perlahan dan buat satu rutin sahaja. Tambahkan beberapa senaman HIIT (high intensity interval training) dalam rutin anda. Ianya membantu membakar lemak dan sekaligus membuat abs anda akan menonjol.

8. Lupa untuk waktu pemulihan 

Buat abs workout 7 hari seminggu bukanlah jawapan ataupun cara untuk dapatkan abs yang menonjol dengan cepat. Sebenarnya, magik berlaku ketika rest day dan waktu pemulihan, bukannya ketika anda workout. Workout adalah tekanan pada tubuh anda tetapi tekanan itu baik selagi mana anda tak buat secara berlebihan. Sayangilah badan anda dengan memberikan rehat seperti mana anda perlukan rehat.

Kredit Gambar: Freepik.com

Mahu bina badan dan dapatkan badan sado dengan cepat? Klik di sini untuk info lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *