4 Cara Bina Badan Yang Efektif

4 Cara Bina Badan Yang Efektif

Bagi anda yang minat nak bina badan mesti tertanya-tanya macam mana cara bina badan yang efektif. Ramai yang kat luar sana main hentam je bila workout. Lepas tu mengeluh sebab badan tak naik otot. Kita mesti tau cara bina badan yang betul. Kalau kita tak tau cara bina badan yang betul, kita akan dapat penat je time workout. Di sini ada empat (4) perkara cara bina badan yang anda perlu tahu:

1. Makanan yang betul

Cara bina badan yang penting sekali adalah pemakanan. Anda kena ambil makanan yang betul dan kategori yang betul. Kategori makanan maksudnya seperti karbohidrat dan protein. Selain itu, anda perlu ambil tahu tentang pengambilan kalori. Untuk cara bina badan, anda kena ambil kalori yang tinggi. Tapi pastikan kalori dari makanan yang sihat.

2. Jangan lupa sayur

Kalau anda nak tahu, sayur adalah mikronutrein yang mengandungi macam-macam vitamin termasuklah vitamin B yang mana vitamin ni terlibat dalam proses pembentukan otot dalam badan. Jadi, tak semestinya anda makan sumber protein macam daging ayam/lembu atau ikan salmon je untuk bina badan, makan sayur pun dapat membantu anda untuk bina bada. Jadi, pentinglah pengambilan sayur untuk cara bina badan ni.

3. Lupa bahagian kaki

Ramai yang tinggalkan bahagian kaki ni. Yang selalu diorang buat bahagian bicep, shoulder dan chest. Ini adalah cara bina badan yang salah. Cara bina badan yang betul adalah anda kena buat keseluruhan bahagian badan lebih-lebih lagi bahagian kaki. Sebabnya adalah otot kaki antara otot yang besar dan perlu latihan yang kerap. Dan latihan kaki juga dapat meningkatkan kekuatan dalam diri anda. Jadi untuk cara bina badan yang betul, jangan lupa buat bahagian kaki ye..

4.  Lupa untuk kardio juga

Tadi dah la lupa bahagian kaki, ni lupa nak buat kardio pula. Kalau anda nak tahu latihan kardio macam High Intensity Interval Training (HIIT) dapat tingkatkan stamina dan regulasi hormon testosterone. Proses anabolik dalam diri anda akan meningkat dengan hadirnya hormon testosterone ni. Selain itu, ia juga cepatkan pembakaran lemak. Jadi otot anda akan nampak dengan lebih jelas. Buatlah kardio at least 2-3 kali seminggu.

Itulah antara cara bina badan yang penting sekali. Anda cuba amalkan cara bina badan ni dan tengoklah hasilnya. Jangan sia-siakan waktu latihan anda. Pastikan anda buat cara bina badan yang betul untuk kesan yang lebih efektif dan cepat.

Mahu bina badan dan dapatkan badan sado dengan cepat? Klik di sini untuk info lanjut.

 

3 Replies to “4 Cara Bina Badan Yang Efektif

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *