Diet Atkins Resepi – Chicken Chop Grill

Diet Atkins Resepi Chicken Chop Grill

Diet atkins amat popular dan ramai yang mengamalkannya bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan. Konsep diet atkins adalah pembakaran karbohidrat dan lemak di dalam badan kita dengan cara mengurangkan dan mengehadkan makanan yang mengandungi karbohidrat seperti nasi, kentang, mi dan lain-lain. Dengan cara ini, badan akan mula membakar lemak sebagai sumber tenaga. Ini akan membuatkan badan anda mula menyusut. Banyak diet atkins resepi yang anda boleh cuba.

Cara diet atkins berlaku adalah dengan menyekat karbohidrat, seterusnya lemak yang disimpan di dalam badan kita seolah-olah dipaksa untuk dibakar. Selain dapat menurunkan berat badan, diet atkins memberi kesan positif kepada mereka yang menghadapi penyakit berisiko seperti diabetes, penyakit jantung dan tekanan darah tinggi. Diet atkins juga boleh mengurangkan alahan tertentu, lemah sistem imun, sakit kronik dan masalah gastrousus.

Ada banyak diet atkins resepi yang anda boleh cuba antaranya chicken chop grill. Resepi ini tidak menggunakan tepung dan aji, jadi kadar karbohidrat dalam resepi ini adalah rendah dan sangat sesuai dengan konsep diet atkins. Anda boleh ikut bahan-bahan dan cara membuat diet atkins resepi chicken chop grill ini:

Bahan-bahan untuk memasak chicken chop grill:

  • 1 bahagian ayam (terpulang pada anda bahagian yang mana, kalau boleh bahagian yang banyak isi seperti dada ayam)
  • 1 sudu kecik lada hitam dan juga lada sulah
  • 1 keping cheese
  • 2 sudu bawang holland
  • 2 sudu butter
  • 6 sudu whipping cream

Cara memasak chicken chop grill:

  1. Perap bahagian ayam dengan garam, cajun (pilihan) dan juga lada hitam selama beberapa minit atau jam.
  2. Selepas perap, grill ayam tersebut.
  3. Untuk kuah chicken chop, cairkan butter dan tumis dengan bawang holland sehingga wangi.
  4. Masukkan dan campurkan whipping cream, serbuk lada, sedikit garam dan juga sedikit air.
  5. Selepas itu, masukkan 1 keping cheese.
  6. Kacau sehingga sebati dan masak.
  7. Untuk coleslow pula, campurkan 1 sudu whipping dan mayonis secukupnya.

Siap diet atkins resepi chicken chop grill… mudah sahaja 🙂

Untuk menu lain, anda boleh cuba Ikan Salmon Grill. Klik disini..

Photo by Snapwire from Pexels

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *