Diet Kalori Rendah, Gadis Ini Berjaya Turunkan 10kg Dengan 7 Langkah Mudah

Gambar sebelum dan selepas turunkan berat badan dengan diet kalori rendah

Setiap wanita sememangnya sukakan kecantikan diri. Mereka ingin nampak kurus, langsing dan menawan. Lebih-lebih lagi bila nampak perempuan lain yang sebegitu. Mereka mudah rasa insecure.

Tapi itulah, nak maintain kurus dan langsing ni bukan senang. Lagi-lagi banyak makanan enak kat luar sana dan ramai wanita memang suka makan. Itu godaan yang paling besar la.

Nak kurus tapi suka makan, macam mana tu? haha.. Bila badan dah start naik, mula la rasa resah gelisah fikir macam mana nak turunkan berat badan balik. Masa tu baru rasa menyesal sebab makan tak ingat dunia.

Buat wanita yang selalu rasa macam tu dan betul-betul nak turunkan berat badan ini ada satu diet yang berkesan dan sudah terbukti pun pada wanita ini.

Gambar sebelum dan selepas turunkan berat badan dengan diet kalori rendah
Image via Xara Raslan (Facebook)
Diet ini adalah diet kalori rendah yang diamalkan oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Xara Raslan (nama Facebook).

Xara Raslan atau nama yang sebenar adalah Nor Shahiera Binti Raslan telah mengamalkan 7 langkah mudah dalam mengamalkan diet kalori rendah ni yang mana dia berjaya turunkan berat badan sebanyak 10 kg! Daripada 56 kg ke 46 kg! Jom baca perkongsian Xara Raslan lakukan 7 langkah mudah diet kalori rendah:

Hai hampaaa.

Kak Xara nak share macam mana Kak Xara turun berat dari 56kg ke 46kg. Kak Xara tak ada lah diet mana pun sebab Kak Xara tak boleh duduk kalau tak makan nasi. So Kak Xara pilih diet yang boleh makan nasi.

Kak Xara buat DIET RENDAH KALORI. Kalau nk buat diet ni hampa kena kira sikit jumlah kalori yang hampa perlu sehari. Cara nak kira Kak Xara bubuh kat bawah. Make sure tengok gambar smpai habis tau sebab hampa kena kira kalori klaau nak buat ni.

Diet ni cadangan hampa makan nasi dari beras perang tu tapi Kak Xara tibai ja nasi putih tu. Tak banyak lah makan. Lauk tu lagi banyak dari nasi la.. Sayur benda penting dan wajib ada setiap kali Kak Xara makan.

1. Jangan skip sarapan

makanan baik untuk breakfast
Photo by Ovidiu Creanga from Pexels

Jangan skip mana-mana hidangan. Lagi-lagi sarapan pagi. Rugi! Sarapan tu penting untuk mencetus metabolism harian anda. Tapi jangan la hampa tibai nasik lemak 3 bungkus.

Nota:

Sarapan pagi dianggap hidangan yang paling penting diantara makan tengah hari dan makan malam. Ini kerana ia memecah tempoh puasa semalaman (waktu tidur), menambah bekalan glukosa anda dan menyediakan nutrien penting lain untuk memastikan tahap tenaga anda kekal sepanjang hari.

Antara sarapan yang dicadangkan adalah:

  • Bijirin berserat tinggi dengan buah segar dan susu rendah lemak/soya/pengganti susu
  • Protein shake rendah lemak dengan buah segar/beku
  • Roti bakar tinggi atau bagel dengan 1 sudu mentega kacang
  • Pilih bar protein dan yogurt atau segelas susu

2. Say NO to makan malam

diet kalori rendah dengan makan buah untuk makan malam
Photo by PhotoMIX Ltd. from Pexels

Maksud tak makan malam ni bukan tak boleh makan terus. Kalau nak makan berat sikit hampa makan sebelum pukul 8. Lepas pukul 8 makan untuk kunyah-kunyah manja ja.. Macam apple hijau.

Nota:
Makan malam tidak menggemukkan. Apa yang anda makan pada waktu malam itu yang buat menggemukkan badan anda. Makanan tidak sihat mudah didapati pada waktu malam contohnya fast food dan maggi. Itu yang anda perlu elakkan. Jika lapar juga pada waktu malam, makan buah buahan yang cepat mengeyangkan seperti epal hijau, pisang dan lain-lain.

3. Say NO to minuman manis

elak minum manis dalam diet kalori rendah
Photo by Sunyu Kim from Pexels

Pastu Kak Xara memang tak ambil minuman manis. Dah dekat setahun Kak Xara minum ayaq kosong ja.. Tapi kadang-kadang ada juga tersedut ayaq manis sikit. Sikit ja tak banyak pastu insaf sat. Hehe.

Ingat tau. Jangan minum minuman manis. Satu gram gula memberi empat kilokalori kepada tubuh manusia. Kalori dan gula yang tidak digunakan akan bertukar menjadi lemak di dalam tubuh kita. Akibatnya, boleh menyebabkan seseorang menjadi obes.

Nota:

Antara sebab utama kegemukan adalah pengambilan gula yang berlebihan. Pengambilan fruktosa (gula) yang tinggi menjadikan anda mengumpul lemak perut, jenis lemak berbahaya yang dikaitkan dengan penyakit metabolik. Banyakkan minum air kosong/mineral. Selain dapat turunkan berat badan, ia juga bagus untuk kecantikan kulit disebabkan badan kita kekal hidrasi.

4. Say NO to ice

minuman ais
Photo by rawpixel.com from Pexels

Yang ni betoi-betoi. Dulu Kak Xara kalau pergi kedai makan. Wajib order ais 1 cawan asing sebab seronok dok pepak/gigit ais. Nikmat weh. Tapi semenjak perut koi kedepan. Buat sit up pun tak menjadi. Kak Xara stop ambil ais. Serius weh menjadi. Perut kempis. 

(Ada yang kata ais tak menggemukkan tapi Kak Xara tak ambil ais untuk elak Kak Xara tak minum minuman manis. Sebab dua-dua ni macam combo. Wajib. Sapa nak minum ayaq sirap tak buh ais. So ni salah satu cara nak elak minuman manis.)

Nota:
Memang ada yang kata ais tidak menggemukkan. Tapi kalau teringin jugak nak minum dengan ais, minum la limau ais tanpa gula, barli ais tanpa gula, air kelapa tanpa gula dan lain-lain lagi. Asalkan minum air yang tak dicampurkan dengan gula.

5. Minum teh hijau

minum teh hijau dalam diet kalori rendah
Photo by rawpixel.com from Pexels

Kak Xara minum teh hijau tau hampa. Jangan gatai dok pergi tambah gula nah. Sat lagi rasa-rasa pahit sikit dok buat rajin tambah gula pulak. Teh hijau ni dia pertingkatkan pembakaran lemak.

Nota:
Teh hijau adalah minuman yang sihat. Ia dimuatkan dengan antioksidan dan nutrien yang mempunyai kesan kuat pada badan. Ini termasuk fungsi otak yang lebih baik, kehilangan lemak, risiko kanser yang lebih rendah dan banyak faedah lain yang menarik.

6.  Buat senaman

plank
Photo by Li Sun from Pexels

Hampa buat lah senaman sikit-sikit. Kalau rasa malas nak keluaq rumah. Hampa tengok ja YouTube. Buat la tabata ka zumba seorang-seorang kat rumah. Kalau rumah dua tingkat, naik turun tangga tu. Tak payah lama-lama. Sat pun jadi la janji buat. Kak Xara dulu dok pergi zumba. Kadang-kadang 3 kali seminggu.

Bab-bab makan Kak Xara boleh cakap hat tu ja sebab Kak Xara pun terumbang-ambing lagi. Point dia Kak Xara nak ajaq cara kira kalori yang perlu supaya hampa boleh mantain apa hampa makan.

Nota:
Kalau nak kurus, diet sahaja memang tidak lengkap tanpa senaman. Ia umpama kaki dengan tangan. Kedua-duanya saling memerlukan. Anda boleh baca di sini untuk tips senaman.

7. Cara kira kalori

Jumlah kalori yang diperlukan oleh tubuh kita semasa dalam keadaan rehat
Image via Xara Raslan (Facebook)
Basal Metabolic Rate (BMR) = Jumlah kalori yang diperlukan oleh tubuh kita semasa dalam keadaan rehat mengikut berat, tinggi dan umur (tanpa aktiviti fizikal)
Nilai kalori yang diri anda perlukan apabila anda melakukan aktiviti fizikal.
Image via Xara Raslan (Facebook)
Daily Calorie Requirements (DCR) = Nilai kalori yang diri anda perlukan apabila anda melakukan aktiviti fizikal. 

Nak kira ni hampa rujuk BMR ngan DCR punya gambaq tu..

Kak Xara keja gelak ja hampa oii dengaq sora sendiri
Posting asal: Xara Raslan
So, macam mana guys? Mudah kan? Ianya mudah tapi memerlukan kesabaran dan konsistensi untuk berjaya turunkan berat badan macam Xara Raslan ni. Korang tak perlu berlapar pun, cuma amalkan diet kalori rendah ni je dan senaman sikit. InsyaAllah misi untuk korang turunkan berat badan akan tercapai.
Nak senaman dekat rumah pun boleh >>> 5 Senaman Kecilkan Peha, Betis & Perut Di Rumah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *