Jus Kurus Untuk Kuruskan Badan

Buat Jus Kurus Untuk Kuruskan Badan

Memang menjadi idaman setiap wanita inginkan badan yang kurus dan langsing. Sudah menjadi lumrah wanita ingin nampak cantik dan badan yang langsing. Kalau badan dah start naik memang susah nak kembali langsing. Masa itulah buat ‘panic buying’ beli supplement tanpa periksa kandungan dan certificate daripada KKM untuk mendapatkan hasil yang cepat sehingga ada yang terjejas kesihatannya disebabkan diet yang melampau dan supplement yang bukan-bukan. Sebenarnya ada cara yang lebih mudah, jimat dan selamat untuk anda dapatkan badan yang kurus dan langsing iaitu dengan mengamalkan ‘Jus Kurus.’ 

Jus kurus ini bukanlah produk supplement tetapi ianya adalah sekadar nama kerana ia mampu untuk menguruskan badan dan kekal langsing. Ia adalah minuman yang kita boleh buat sendiri. Resepi jus kurus ini sangat mudah untuk dibuat dan bahan-bahannya juga sangat senang dicari. Buat anda yang inginkan badan yang kurus dan langsing, boleh cuba jus kurus ini:

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 2 biji epal hijau
  • 2 biji lobak merak (saiz sederhana)
  • 1 biji oren navel (saiz besar) atau 2 biji limau sunkist
  • 2 inci halia
  • 2 cawan air sejuk

Cara membuatnya:

  • Campurkan semua bahan-bahan tersebut dalam satu blend
  • Tambah sedikit gula atau madu jika ingin rasa manis (sedikit sahaja kerana buah memang sudah ada natural sugar)
  • Blend semua bahan-bahan tersebut

Aturan minum jus kurus:

  1. Sebelum sarapan, minum setiap pagi (jika anda gastrik, alas perut dulu dengan makanan yang ringan seperti biskut atau roti. 
  2. Lepas minum, rehatkan perut anda dan biarkan proses detox berjalan. 

Mudah kan… Amalkan setiap pagi anda. Di samping anda amalkan jus kurus ini, jaga juga pemakanan anda. Kerana ianya adalah usaha sia-sia jika anda amalkan minum jus tersebut tetapi abaikan gaya pemakanan sihat. Antara cara yang anda boleh lakukan untuk jaga pemakanan adalah kurangkan makanan yang bergula dan berminyak (nak tahu makanan yang boleh buat anda kuruskan badan? Baca di sini). Anda boleh juga lakukan senaman ringan di rumah sahaja (baca di sini).

Photo by Freepik

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *