Keanu Reeves Workout Untuk John Wick 3

Keanu Reeves Workout

Keanu Reeves akan kembali semula menggegarkan pawagam dalam John Wick 3 yang akan ditayangkan secara rasmi pada 16 May 2019. Bagi siapa yang mengikuti movie John Wick ini pasti akan teruja melihat lakonannya lebih-lebih lagi ketika babak pergaduhan atau pertarungan.

Memang sukar untuk aktor yang berumur 54 tahun ini melakukan aksi pertarungan tanpa cacat cela. Untuk mendapatkan aksi pertarungan yang menarik dan bertenaga, Keanu Reeves workout 5 bulan sebelum penggambaraan filem dilakukan.

Untuk melakonkan watak pembunuh yang digeruni, Keanu Reeves melakukan latihan jujutsu, Brazilian jiu-jutsu, judo dan tembakan taktikal untuk menggayakan pertempuran yang dikenali sebagai gun-fu. Persediaanya untuk John Wick ini sangat rapi.

Sebelum ini, Keanu Reeves berlatih dengan pelatih akrobat terkenal seperti pengamal Brazilian jiu-jutsu, 87eleven dan ramai lagi. Menurut kata pengarah filem Chad Stahelski, mereka melatihnya sebagai stunt man. Dan produser filem Basil Iwaynk pula berkata, Keanu Reeves berlatih pada setiap hari, empat atau ke lima jam sehari.

Wah, agak hardcore jugak Keanu Reeves workout ni kan?

Selain daripada berlatih dengan pelatih akrobat terkenal, Keanu Reeves mendapatkan latihan dengan jurulatih peribadinya, Patrick Murphy. Dia melatihnya untuk mencipta kekuatan supaya dapat mencegah daripada kecederaan dan tidak mensasarkan untuk membina badan.

Patrick Murphy melaksanakan program yang paling selamat dan berkesan untuk Keanu Reeves. Dia mengatakan terdapat banyak aksi pertempuran dalam filem John Wick, jadi dia mewujudkan latihan kestabilan dalam Keanu Reeves workout. Ia menfokuskan untuk mengelakkan kecederaan ketika penggambaraan filem dilakukan.

Dalam latihan Patrick Murphy untuk Keanu Reeves, Patrick Murphy tidak menggunakan bebanan berat tetapi lebih memilih resistance bands. Ianya lebih mudah untuk sendi daripada menggunakan bebanan berat. Antara yang dilakukan Patrick Murphy dalam Keanu Reeves workout adalah ice skaters dan single-leg pistol squat hops.

P/S: Korang dah tengok ke trailer terbaru John Wick 3? Kalau belum boleh tengok kat sini. Memang gempak gila. Itu baru trailer, belum filemnya lagi.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *