Kenali 3 Jenis Tubuh Badan Manusia

3 jenis tubuh badan manusia

Adakah anda pernah terfikir kenapa ada orang badan kurus yang makan banyak tapi tak gemuk-gemuk. Ada pulak orang badan gemuk yang makan sikit tapi tak kurus-kurus. Kalau anda nak tahu, itu semua bergantung pada jenis tubuh badan kita. Ini yang saya nak cerita pada posting kali ini.

Pada tahun 1940, seorang ahli psikologi Amerika Syarikat yang bernama William H. Sheldon (1898-1977) telah mengeluarkan satu teori berkenaan dengan rupa tubuh badan manusia. Teori ini dinamakan teori somatotypes. William H. Sheldon telah menyatakan bahawa tubuh badan manusia terbahagi kepada 3 jenis rupa bentuk. 3 jenis rupa bentuk tersebut dibahagikan mengikut 3 jenis lapisan tisu dalam tubuh badan manusia. 3 jenis tubuh badan manusia tersebut adalah:

1. Ectomorph

Ciri-ciri seorang yang mempunyai tubuh badan ectomorph:

  • Mempunyai saiz pinggang yang kecil
  • Bentuk tubuh badan yang memanjang ke atas
  • Mempunyai bahu yang kecil atau sempit
  • Kalau nak naikkan berat badan memang susah la. (Sebab tu ada badan kurus yang makan banyak tapi tak naik-naik badan)
  • Mempunyai peratusan lemak yang rendah. (Dah nama pun kurus kan..hehe)
  • Untuk dapatkan badan yang sado atau naikkan berat badan, perlukan waktu yang lama disamping perlu workout (lifting weight atau body weight) dan juga makanan yang banyak. (Tempoh masa bergantung pada cara workout yang betul dan makanan yang betul)

2. Mesomorph

Ciri-ciri seorang yang mempunyai tubuh badan mesomorph:

  • Sama seperti ectomorph, mempunyai saiz pinggan yang kecil
  • Mempunyai bahu yang lebar
  • Badan nampak berotot walaupun belum melakukan workout
  • Tubuh jenis ini sesuai untuk menjadi atlet atau ahli bina badan kerana mudah membentu otot. Contohnya seperti Arnold Schwarzenegger.
  • Metabolisme yang tinggi

3. Endomorph

Ciri-ciri seorang yang mempunyai tubuh badan endomorph:

  • Mempunyai bentuk tubuh badan yang bulat
  • Mempunyai peratusan lemak yang tinggi
  • Mempunyai bentuk tulang bulat
  • Mempunyai ukuran tangan dan juga kaki yang pendek
  • Mempunyai paha dan pinggang yang lebar
  • Berkemungkinan pinggang lebih lebar berbanding dengan bahu
  • Agak susah untuk menurunkan berat badan

Dengan mengetahui jenis tubuh badan anda, anda boleh melakukan senaman atau workout bersesuaian dengan jenis tubuh badan anda. Untuk naikkan berat badan atau turunkan berat badan, anda perlu mengetahui cara melakukan senaman atau workout mengikut jenis tubuh badan anda untuk mendapatkan kesan yang efektif dan pantas.

Mahu bina badan dan dapatkan badan sado dengan cepat? Klik di sini untuk info lanjut.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *