Makanan Pre Workout Yang Bagus Untuk Ketahanan

Makanan Pre Workout Yang Bagus Untuk Ketahanan

Kita semua tahu bahawa makanan adalah sumber tenaga untuk badan kita. Lagi banyak kita workout, lagi banyak tenaga yang kita perlukan. Setiap makanan pre workout sebenarnya adalah berbeza mengikut jenis workout yang kita lakukan.

Contohnya, karbohidrat adalah sumber tenaga yang sangat bagus untuk dimakan sebelum workout tetapi kesannya adalah berbeza mengikut jenis workout. Untuk mendapatkan latihan yang bagus dan tahan lama, anda boleh cuba makanan pre workout seperti dibawah:

1. Buah buahan segar

Buah buahan yang segar adalah makanan pre workout yang bagus. Ia mengandungi gula semulajadi dan mempunyai tahap glycemic index carbohydrates yang sederhana dan tinggi. Ianya akan memberikan gula darah (blood sugar) anda rangsangan yang baik. Buah buahan adalah makanan pre workout yang lengkap untuk senaman yang singkat yang bersifat intensif.

Buah buahan segar Makanan Pre Workout Yang Bagus Untuk Ketahanan

2. Yogurt

Selain buah buahan segar, yogurt adalah antara makanan pre workout yang terbaik kerana ia mempunyai protein sihat. Karbohidrat di dalam yogurt adalah bertahap rendah glycemic index yang mana menjadikannya snek yang hebat untuk ketahanan workout yang lebih lama. Selain itu, jika anda memilih yogurt yang bercampur dengan buah, ia menjadi sumber tenaga yang hebat untuk workout berintensiti tinggi dan juga singkat.

Yogurt Makanan Pre Workout Yang Bagus Untuk Ketahanan

3. Jus segar

Jika anda minum jus segar diikuti pula dengan sedikit air sekurang-kurangnya 30 minit sebelum workout, ia akan meningkatkan tenaga yang sangat baik.

Kebanyakan jus segar yang diperah mengandungi tahap glycemic index carbohydrates yang tinggi, menjadikan badan anda mendapat rangsangan tenaga yang cepat dan jika diikuti dengan minum air kosong ia akan membantu mengelakkan kekejangan yang tidak diingini.

Jika nak dibandingkan dengan buah buahan segar, lebih baik makan buah buahan segar sebab jus segar mempunyai kandungan gula yang tinggi tanpa serat buah. Tetapi seperti yang disebutkan, jus segar dapat memberi rangsangan tenaga yang baik untuk senaman anda.

Jus segar Makanan Pre Workout Yang Bagus Untuk Ketahanan

4. Energy bars

Sesetengah energy bars adalah makanan pre workout yang bagus. Tetapi sebelum anda makan, baca label dengan teliti.

Mana-mana energy bar yang mempunyai lebih daripada 5 gram lemak, 5 gram serat atau 10 gram protein, ianya lebih baik dimakan selepas anda workout. Ini kerana keadaan badan ketika itu sukar untuk mencerna lemak dan serat.

Jika anda ingin makan energy bar, cari energy bar yang mempunyai sekitar 40 gram karbohidrat dan makan 1 jam atau 2 jam sebelum anda mulakan workout anda.

Energy bars Makanan Pre Workout Yang Bagus Untuk Ketahanan

5. Bagels

Jika anda sering lakukan workout pada waktu pagi, bagels adalah pilihan makanan pre workout yang bagus. Terutama jika ia mengandungi bijian yang penuh.

Bagels bijiran penuh mempunyai kadar karbohidrat GI spectrum yang rendah, yang mana ianya membantu anda melalui workout yang lebih lama.

Bagels Makanan Pre Workout Yang Bagus Untuk Ketahanan

Pastikan anda membuat pilihan makanan pre workout yang betul supaya latihan anda berjalan dengan lancar dan bertenaga. Jika anda workout untuk bina badan, baca artikel di sini untuk ketahui makanan yang bagus untuk bina badan.

Selama ber”workout”!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *