Menu Diet Sihat – Ikan Salmon Grill

Menu Diet Sihat - Ikan Salmon Grill

Nak dapatkan badan berotot yang cantik, kita mesti amalkan diet sihat. Cuba anda tanya abang-abang sado yang mempunyai badan berotot yang cantik. Mereka mesti amalkan diet yang sihat dan sangat menjaga pantang larang dalam menu diet mereka.

Untuk menu diet sihat, saya akan kongsikan resepi ikan salmon grill. Nama pun dah nampak sedap. Belum rasa lagi. Cara memasak ikan salmon grill ini senang sahaja, tidak rumit pun.

Bahan-bahan yang digunakan dalam menu diet sihat, ikan salmon grill ini adalah:

  • 2 potong ikan salmon
  • 3 ulas bawang putih
  • Sayur-sayuran (lobak, kobis, brokoli)
  • 1 sudu minyak zaitun
  • Garam
  • Lada Hitam
  • Lada Sulah
  • Serbuk Oregano

Cara-cara memasak ikan salmon grill ini pula adalah:

  1. 2 potong ikan salmon hendaklah digaul secukup rasa bersama dengan garam, lada hitam, lada sulah dan serbuk oregano dan diperap dalam 5 minit.
  2. Panaskan satu sudu minyak zaitun menggunakan pemanggang.
  3. Masukkan ikan salmon yang diperap tadi di atas pemanggang. Tunggu ikan salmon tersebut nampak sedikit garing dan terbalikkan ikan salmon tersebut atas dan bawah sehingga kedua-dua bahagian atas dan bawah masak.
  4. Angkat ikan salmon tersebut apabila sudah masak.

Okay masakan kita sudah siap. Tetapi belum siap sepenuhnya. Sekarang kita akan masak sayur pula.

  1. Tumbuk bawang putih dan tumiskan sedikit dengan minyak zaitun.
  2. Masukkan lobak, kobis dan brokoli tadi dan gaulkan.
  3. Tambahkan garam dan lada hitam secukup rasa.

Sekarang barulah menu diet sihat kita iaitu ikan salmon grill tadi boleh dimakan bersama dengan sayur-sayuran. Mudah sahaja kan.

Photo by Dana Tentis from Pexels

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *