Punca Selulit dan 7 Cara Menghilangkannya

Punca Selulit dan 7 Cara Menghilangkannya

Anda mungkin pernah lihat selulit atau anda sendiri memilikinya di bahagian lengan, perut, paha atau punggung. Tapi adakah anda tahu apa itu selulit dan punca terjadinya keadaan tersebut?

Selulit dan puncanya

Selulit adalah lemak di bawah kulit anda yang muncul ke permukaan kulit. Kemunculannya membuatkan kulit anda kelihatan berlopak atau bergelombang. Kebiasannya, selulit sering kelihatan di bahagian perut, paha atau punggung. Banyak orang menganggap bahawa selulit terdiri dari racun dan air yang terlebih yang terperangkap di bawah kulit.

Ianya adalah normal tetapi jika anda rasa terganggu dengan penampakannya, ada cara untuk menghilangkannya agar anda tidak lagi risau jika orang nampak dan berasa lebih yakin.

Punca selulit adalah salah lemak?

Lemak sebenarnya tidaklah bersalah terhadap penampakan selulit di tubuh anda. Dalam beberapa situasi, lemak boleh menjadi satu perkara yang membuatkan tubuh anda nampak cantik. Sebagai contoh, lemak pada muka membuatkan pipi anda nampak gebu dan comel terutamanya pada wanita.

Jadi, apa yang membuatkan selulit kelihatan berbeza dari lemak “yang lain?” Perbezaannya adalah struktur kulit di atas dan struktur tisu di bawah kulit yang menentukan kawasan tersebut memiliki penampakan selulit atau tidak.

Tubuh langsing tapi ada selulit?

Tubuh langsing tapi ada selulit
Photo by cottonbro from Pexels

Jangan anggap tubuh yang berisi je ada selulit tetapi tubuh yang langsing tidak ada selulit. Menurut pakar, wanita yang bertubuh langsing juga berisiko mengalami selulit.

Ianya bukanlah terjadi disebabkan berat badan, tetapi disebabkan kandungan lemak terkumpul di bawah kulit sehingga memberi tekanan pada tisu-tisu penghubung yang ada di permukaan kulit. Hasil daripada tekanan pada tisu-tisu penghubung tersebut, maka keluarlah garisan-garisan di kulit anda.

Menurut kajian, kira-kira 85% wanita mengalami masalah ini. Ini adalah kerana perbezaan pada aturan tisu penghubung antara lelaki dan wanita (ditambah dengan fakta lelaki biasanya memiliki kulit yang lebih tebal daripada wanita) menjelaskan mengapa wanita lebih cenderung memiliki selulit berbanding dengan lelaki.

Cara menghilangkan selulit

Anda boleh menghilangkan selulit sama ada melalui rawatan moden dengan teknologi canggih atau rawatan tradisional dengan bahan semulajadi di rumah sahaja. Untuk rawatan moden, anda boleh sahaja pergi menemui pakar dan untuk rawatan tradisional anda boleh teruskan bacaan anda..

7 cara menghilangkan selulit dengan mudah dan murah

Berikut adalah cara menghilangkan selulit pada bahagian perut, paha atau punggung di rumah:

1. Berus kulit dalam keadaan kering

berus kulit untuk hilangkan selulit
Photo by cottonbro from Pexels

Tanpa menggunakan air, berus badan anda pada bahagian yang bermasalah. Gunakan berus yang lembut, tidak terlalu kasar dan sesuai untuk kulit anda. Berus dengan pergerakan yang memanjang pada satu arah dan elakkan pergerakan yang berulang alik. Contohnya, dari atas ke bawah, kemudian angkat berus dan letakkan dari atas semula dan buat pergerakan yang sama seterusnya. Selain itu, boleh juga berus dengan pergerakan secara bulatan.

Kaedah memberus ini dapat melancarkan peredaran darah dan menegangkan kulit. Lakukan sekali sehari sebelum anda pergi mandi. Berus kulit juga mengatasi masalah kulit kering dan daki gelap terutamanya pada bahagian lutut dan juga siku.

2. Lumur dan urut dengan skrub kopi

skrub kopi
Image by 💛 Passt gut auf euch auf und bleibt gesund! 💛 from Pixabay

Anda boleh rawat selulit dengan buat skrub kopi sendiri. Untuk buat skrub kopi, anda perlukan:

  • ¼ cawan serbuk kopi
  • 3 sudu gula
  • 3 sudu minyak kelapa/zaitun

Campurkan semua bahan tersebut sehingga menjadi pes. Kemudian, lumur dan urut pada bahagian bermasalah. Selepas itu, balut dengan plastik jernih.

Skrub kopi ini dapat membantu menegangkan kulit dan membuat kulit merasa lebih segar. Urutan pula dapat melancarkan peredaran darah pada kulit.

3. Banyakkan makan sumber makanan Omega 3

omega 3
Image by louis papaspyrou from Pixabay

Hormon yang tidak seimbang juga boleh terjadinya selulit. Untuk mendapatkan hormon yang seimbang, ianya dapat dicapai dengan pengambilan minyak sihat. Makanan yang mengandungi sumber Omega 3 dapat membantu seimbangkan hormon dan seterusnya mengurangkan selulit pada badan anda.

Omega 3 juga mempunyai banyak kelebihan terhadap kesihatan kita. Antara sumber makanan yang kaya dengan omega 3 adalah:

  • Ikan salmon
  • Ikan tuna
  • Kacang walnut
  • Kacang pecan
  • Chia seed

4. Minyak aromaterapi

Minyak aromaterapi atau essential oil
Image by monicore from Pixabay

Anda boleh sapu minyak aromaterapi menggunakan pilihan grapefruit, daun rosemary dan juniper untuk hasil yang memuaskan.

Selain daripada itu, anda juga boleh sapu minyak kelapa, minyak zaitun atau krim pelembap yang ada di pasaran.

5. Guna cuka epal

cuka epal
Image by wicherek from Pixabay

Salah satu cara untuk menghilangkan selulit dengan cepat adalah menggunakan cuka epal kerana ianya mengandungi elemen seperti mineral, potassium, magnesium dan kalsium. Elemen ini penting untuk membuang toksin pada bahagian lemak seperti di perut, paha dan punggung. Cara gunakan cuka epal untuk hilangkannya adalah:

  • Campur cuka epal dengan air suam dengan nisbah 1:2 atau 1:1 (bergantung pada sensitiviti kulit anda.
  • Sapu campuran tersebut pada bahagian bermasalah.
  • Balut dengan plastic wrap dan letak tuala di atas bahagian tersebut selama 1 jam.
  • Selepas 1 jam, angkat tuala dan buka balutan plastic wrap.
  • Bilas bahagian tersebut dengan air bersih.

Lakukan sehari sekali sehingga selulit tersebut hilang.

Selain cara di atas, anda juga minum cuka epal yang dicampur dengan air suam bersama madu. Campuran minuman tersebut mampu mengurangkan berat badan.

6. Minum banyak air kosong/mineral

minum air kosong adalah cara meningkatkan metabolisme

Kandungan air yang banyak dapat menguatkan tisu-tisu penghubung pada kulit. Selain itu, ia juga mampu mengawal berat badan.

Untuk mengetahui anda cukup minum air kosong atau tidak dengan melihat warna air kencing anda. Jika warnanya kelihatan jernih, maka anda cukup minum air kosong. Jika tidak, maka anda kena minum lagi air kosong.

7. Rajinkan bersenam

senaman guna mesin treadmill
Photo by Andrea Piacquadio from Pexels

Aktiviti senaman bukan sahaja dapat menyihatkan badan, malah ia mengurangkan tekanan pada kulit untuk menghasilkan selulit. Selain itu, ia juga dapat meningkat metabolisme badan.

Terdapat banyak cara senaman yang anda boleh lakukan sama ada di luar rumah atau bersenam di rumah sahaja. Semuanya terpulang pada anda.

Credit: Featured Image by Bruno /Germany from Pixabay

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *