Sehari Berapa Liter Air Yang Diperlukan Badan?

Sehari Berapa Liter Air Yang Diperlukan Badan

Anda perlu tahu dalam sehari berapa liter air yang diperlukan badan kita untuk kekal hidrat dan terus bertenaga. Ini kerana setiap hari badan kita kehilangan air disebabkan beberapa perkara seperti keluarnya peluh dan pembuangan air kecil dan besar. Pengambilan air yang mencukupi dapat membekalkan sumber mineral dalam keseimbangan tubuh.

Sumber daripada Mayo Clinic, satu kenyataan daripada The U.S. National Academies of Science, Engineering and Medicine menetapkan bahawa sehari berapa liter air yang mencukupi untuk badan kita adalah:

  • Sekitar 3.7 liter (15.5 cawan) air sehari untuk lelaki
  • Sekitar 2.7 liter (11.5 cawan) air sehari untuk wanita

Ini termasuk cecair dari air, minuman seperti teh dan jus, dan dari makanan. Anda mendapat purata 20% air anda dari makanan yang anda makan.

Faktor jumlah keperluan air

Keperluan air seseorang itu juga bergantung pada beberapa faktor seperti:

  • Tempat tinggal = Anda memerlukan lebih banyak air jika tinggal di kawasan panas, lembap, atau kering seperti padang pasir. Selain itu, anda juga memerlukan lebih banyak air jika anda tinggal di pergunungan atau di tempat tinggi seperti di Cameron Highland atau Genting Highland.
  • Diet = Sekiranya anda minum banyak kopi dan minuman berkafein lain, anda mungkin akan kehilangan lebih banyak air melalui proses membuang air kecil. Selain itu, anda juga perlu minum lebih banyak air jika anda diet daripada makanan masin, pedas, atau bergula. Dan jika anda bukan yang jenis makan makanan yang mempunyai tinggi airnya seperti buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar atau dimasak, anda perlu lebih banyak minum air.
  • Suhu atau musim = Anda memerlukan lebih banyak air pada cuaca atau musim panas daripada cuaca atau musim sejuk kerana ketika cuaca atau musim panas anda mengeluarkan lebih banyak peluh dan mudah merasa haus.
  • Kehidupan aktif anda = Sekiranya anda bersenam atau melakukan aktiviti yang berat, sudah tentu anda perlu minum lebih banyak untuk menampung kehilangan air.
  • Kesihatan anda = Anda perlu minum lebih banyak air sekiranya anda mengalami demam atau jangkitan seperti muntah atau cirit-birit. Selain itu, keadaan kesihatan seperti diabetes juga memerlukan lebih banyak air. Beberapa ubat seperti diuretik juga dapat membuat anda kehilangan air.
  • Mengandung atau menyusu = Wanita hamil atau menyusui bayi, perlu minum air tambahan untuk kekal hidrasi. Tubuh anda melakukan kerja untuk dua (atau lebih) dalam keadaan itu.

Tiada formula tunggal yang sesuai dengan semua orang. Tetapi mengetahui lebih lanjut sehari berapa liter air yang mencukupi untuk badan anda akan membantu anda mengira sehari berapa liter air harus diminum untuk kekal hidrasi.

Adakah jumlah pengambilan air mempengaruhi tahap tenaga dan fungsi otak?

sehari berapa liter air diperlukan badan

Badan manusia terdiri daripada 60% cecair secara keseluruhannya. Sumber daripada U.S Geological Survey, menurut H.H. Mitchell, Journal of Biological Chemistry 158, otak dan jantung terdiri daripada 73% air, manakala paru-paru mempunyai sekitar 83% air menjadikannya organ yang paling tinggi mempunyai peratusan air. Seterusnya kulit mengandungi 64% air. Otot dan ginjal pula mengandungi 79% air. Tulang juga mempunyai peratusan air iaitu sebanyak 31%.

Jika badan atau organ kita mengalami kekurangan air, maka ia akan memberi kesan terhadap tubuh badan kita. Ada beberapa kajian yang dilakukan dan ternyata kajian tersebut menyokong terhadap kenyataan diatas:

  • Sumber daripada National Library of Medicine, satu kajian pada wanita menunjukkan bahawa kehilangan cairan sebanyak 1.36% setelah bersenam menyebabkan emosi terganggu, peningkatan persepsi dalam melaksanakan sesuatu tugas, kurang fokus dan gejala sakit kepala.
  • Di China pula, satu kajian yang dilakukan pada 12 orang lelaki daripada kolej perubatan, mendapati bahawa tidak minum air selama 36 jam mempunyai kesan ketara terhadap keletihan, perhatian dan fokus, kelajuan reaksi, dan ingatan jangka pendek.

Daripada situ kita dapat mengetahui bahawa badan yang tidak mencukupi air akan menunjukkan petanda seperti kepenatan, sakit kepala, emosi terganggu, kurang perhatian dan fokus, ingatan jangka pendek, kekeringan di dalam mulut, rasa sakit ketika kencing, gejala sembelit dan sakit otot.

Fungsi pengambilan air untuk tubuh badan

Fungsi pengambilan air untuk tubuh badan

Oleh itu, pengambilan air sangat penting dan berfungsi untuk menjaga tubuh badan kita. Antara fungsi air untuk tubuh badan adalah:

  • Mengawal suhu tubuh badan pada tahap normal. Sebab itu jika kita demam, kita perlu minum banyak air kerana untuk mengurangkan panas di dalam tubuh badan kita.
  • Organ badan seperti mulut, mata dan kulit sentiasa dalam keadaan lembap. Contoh, jika kulit kita kering macam-macam masalah kulit akan terjadi seperti jerawat dan lain-lain.
  • Pelincir pada sendi-sendi supada dapat mengelakkan penyakit sendi pada masa akan datang.
  • Melarutkan mineral dan nutrien bagi memudahkan diserap oleh tubuh badan.
  • Gen pembawa nutrien dan oksigen kepada semua sel tubuh yang memerlukan.
  • Mengurangkan kerja buah pinggang dan hati untuk fungsi menyingkirkan bahan buangan dan toksin melalui air kencing.

Kelebihan minum air yang mencukupi

Jika kekurangan pengambilan air untuk tubuh badan memberi kesan yang negatif, maka jika pengambilan yang mencukupi ia memberi kelebihan bagi tubuh badan kita. Antara kelebihannya adalah:

  • Membantu dalam proses mengurangkan berat badan dengan gabungan senaman dan pemakanan seimbang.
  • Dapat menyahtoksik badan secara semulajadi.
  • Badan rasa cergas dan bertenaga.
  • Kulit sentiasa lembap dan awet muda kerana kulit mendapat bekalan air yang mencukupi dan disebabkan itu boleh melambatkan proses pengecutan kulit.
  • Penghasilan air susu yang banyak untuk ibu selepas bersalin.

Kesimpulan

Tidak ada jumlah yang tepat sehari berapa liter air yang diperlukan badan. Semuanya bergantung pada banyak faktor seperti yang dinyatakan di atas.

Cuba bereksperimen untuk melihat sehari berapa liter air yang paling sesuai untuk anda. Sesetengah orang mungkin berfungsi lebih baik dengan minum lebih banyak air daripada biasa, sementara yang lain melihat kekerapan mereka pergi ke bilik air untuk membuang air kencing.

Secara ringkasnya, anda boleh ikut garis panduan yang mudah untuk mengetahui sehari berapa liter air mencukupi untuk badan anda:

  • Minum kerap sepanjang hari untuk air kencing yang jernih dan pucat.
  • Apabila anda rasa dahaga, minum.
  • Semasa cuaca panas dan melakukan senaman yang tinggi dan petunjuk lain yang disebutkan, pastikan minum air secukupnya untuk mengimbangi cecair yang hilang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *