Senaman Kardio Terbaik Untuk Bakar Kalori

Senaman Kardio Terbaik Untuk Bakar Kalori

Anda nak tahu apakah senaman kardio terbaik untuk bakar kalori? Sebenarnya tidak ada satu pun senaman kardio yang terbaik untuk bakar kalori. Tapi ada 2 faktor penting yang akan membuatkan senaman kardio itu terbaik iaitu konsistensi dan intensiti.

Konsisten dan cara yang betul

Konsisten dan cara yang betul

Sesetengah orang suka berjoging, ada orang yang suka berbasikal, hiking, street workout dan ada juga yang suka menggunakan mesin seperti treadmill, stationary bike dan macam-macam lagi. Semua itu adalah pilihan yang baik untuk bakar kalori selagi anda lakukan secara konsisten dan cara yang betul.

Ubah intensiti dalam senaman

Ubah intensiti dalam senaman untuk dapatkan senaman kardio terbaik

Tidak ada perbezaan yang ketara dalam kalori yang dibakar di antara senaman kardio tersebut selagi anda melakukannya dengan intensiti yang sama.

Contohnya, katakanlah anda lakukan sesi kardio selama 20 minit di mana anda berjoging beberapa minit, lari beberapa minit dan pecut beberapa minit. Sesi ini telah membuatkan anda tak cukup nafas, berpeluh dan tercungap-cungap.

Sekarang, katakan sesi anda seterusnya adalah tunggang stationary bike selama 20 minit. Lepas anda lakukannya, anda rasa seperti tidak exercise pun. Adakah ini membuatkan stationary bike tak efektif berbanding anda joging sebelum ini?

Sebenarnya tidak. Ianya menunjukkan bahawa anda perlu mengayuh dengan lebih laju dan lebih keras pada masa akan datang untuk mencapai hasil yang sama seperti anda berjoging sebelum ini. Ini kerana badan anda telah serasi dengan kesusahan dan cabaran senaman kardio yang anda lakukan sebelum ini.

Bermula dengan asas

Bermula dengan asas

Jika anda baru nak bermula dengan senaman kardio, mulakan dengan perlahan. Jangan terlalu drastik. Berjalan adalah cara yang baik untuk mulakan senaman kardio diikuti dengan tahap seterusnya iaitu berjoging, berlari dan pecut. Walaupun berjalan bukanlah senaman kardio yang terbaik untuk membakar kalori tetapi penting untuk anda mulakannya untuk mengelakkan kecederaan atau kekejangan otot.

Jangan stay dengan senaman yang sama

Jangan stay dengan senaman yang sama

Jika anda sudah biasa dengan senaman kardio, cuba push diri anda untuk membuat kemajuan pada setiap sesi. Sama ada anda tambahkan masa latihan atau tingkatkan cabaran dalam senaman kardio. Beri tumpuan kepada progress dan push your limit dengan mana-mana senaman kardio.

Lebih sukar dan mencabar anda bersenam, lebih kalori akan dibakar. Oleh itu, pilih senaman kardio yang anda minat dan lakukan dengan konsisten dan cuba buat tahap yang lebih lagi dari satu sesi ke sesi yang lain.

Ingat! Walaupun sesetengah senaman kardio mungkin lebih berkesan daripada senaman kardio yang lain tetapi tidak ada senaman kardio terbaik untuk membakar kalori. LEBIH SUKAR DAN MENCABAR ANDA BUAT, LEBIH KALORI AKAN DIBAKAR.

Photo by pexels.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *