Star Health Expo 2018 – Expo Kesihatan Terbesar Kini Kembali

Star Health Expo 2018 - Expo Kesihatan Terbesar Kini Kembali

Star Health Expo 2018 - Expo Kesihatan Terbesar Kini Kembali

Pada 13 sehingga 15 Julai 2018 ini, satu expo berkenaan dengan kesihatan dan fitness akan diadakan di Midvalley Exhibition Centre. Expo ini adalah expo kesihatan yang terbesar di negara ini. Expo ini merangkumi apa-apa sahaja yang berkaitan dengan kesihatan.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, Great Eastern Life Assurane (Malaysia) menjadi rakan kongsi eksklusif untuk Star Health Expo 2018 ini bagi 6 tahun berturut-turut. Ada 5 perkara utama dalam Star Health Expo 2018 ini, iaitu Kesihatan & Kecergasan, Sukan, Leisure, Kecantikan dan Wellness. Terdapat banyak booth yang akan dibuka dan aktiviti yang menarik untuk pengunjung sepanjang expo ini dilakukan. Anda boleh mencari apa sahaja produk atau info berkenaan kecergasan, kesihatan atau sukan di expo tersebut.

Star Health Expo 2018 menggunakan tema yang sama iaitu ‘Get Fit, Live Great’. Expo ini dianjurkan adalah bertujuan untuk memberikan semangat, inspirasi dan info kepada rakyat Malaysia untuk mengamalkan gaya hidup bukan dari segi fizikal sahaja tetapi juga mental. Star Health Expo ini dianjurkan oleh Star Media Group Bhd dengan Great Eastern Life sebagai rakan kongsi eksklusif. 

Star Health Expo ini akan diadakan di Midvalley Exhibition Centre dan dibuka pada pukul 10 pagi hingga 7 malam Masuk adalah percuma. Kepada sesiapa yang ingin menempah ruang (space) di expo tersebut, boleh hubungi nombor dan email tersebut: 03-79671388 ext 1541/1097 & fitforlife@thestar.com.my. Untuk info lanjut berkenaan dengan expo tersebut, anda boleh follow di FB The Star Health Expo.

Jadi kepada rakyat Malaysia terutama peminat sukan dan juga fitness, anda boleh book tarikh ini di kalender anda!

Sumber gambar: FB The Star Health Expo.

Mahu bina badan dan dapatkan badan sado dengan cepat? Klik di sini untuk info lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *