Kuruskan badan bukanlah satu tugas yang mudah bagi mereka berbadan gemuk. Tetapi jika anda berjaya menurunkan berat badan, anda pasti akan rasa gembira dan berbaloi dengan segala usaha yang anda lakukan.
Selain untuk meningkatkan keyakinan anda, ia juga dan memberi kesan kesihatan anda kepada keadaan yang lebih baik. Tahukah anda, menurut statistik, Malaysia adalah negara yang tinggi menghidap obesiti (baca di sini). Dan itu satu perkara yang amat membimbangkan dari sudut kesihatan.
Sebab kenapa anda perlu start ambil berat tentang berat badan anda
Obesiti boleh menyebabkan anda mendapat penyakit yang serius dan berpotensi mengancam nyawa seperti penyakit kardiovaskular, kencing manis, strok, batu empedu, dan beberapa kanser seperti kanser payudara, rahim dan kolon.
Selain daripada mendapat penyakit yang berbahaya, ia menjejaskan kualiti hidup dan menyebabkan perubahan fizikal seperti sesak nafas, berdengkur, apnea tidur, keletihan, kesukaran dengan aktiviti fizikal dan arthritis.
Jadi untuk mengelakkan diri kita mendapat penyakit yang serius dan menjaga kualiti hidup yang lebih baik, bertindaklah sekarang. Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dan makan makanan yang berkhasiat. Dan yang paling penting adalah konsistensi. Ia memang tidak mudah, tapi ianya tidak mustahil untuk anda kuruskan badan dan kekal sihat.
Berikut adalah gambar sebelum dan selepas transformasi kuruskan badan yang pasti mengejutkan anda dan memberi anda semangat bahawa ianya tidak mustahil untuk dilakukan.
10 Gambar Transformasi Kuruskan Badan:
1. Sebelum berjaya kehilangan 272 kg, dia mengalami masalah berjalan. Kita tengok pun dah tahu. Tetapi sekarang, dia adalah seorang dewi
2. Dia mengambil masa selama 9 tahun untuk kuruskan badan. Walaupun ia sangat sukar, namun berbaloi. Sekarang dia dapat badan impiannya dan rasa sangat gembira.
3. Dia pula mengambil masa selama 10 tahun untuk menghilangkan 133 kg dan kini hidupnya berubah dengan badan yang baru.
4. Dia menggunakan masa hanya 2 tahun sahaja dengan menjaga makan dan bersenam. Akhirnya, dia berjaya kehilangan 101 kg dan kini beratnya 65 kg. Yang mana kutuk dia dulu, mesti menyesal kan..hahah
5. Dia berhenti minum alkohol selama setahun dan berjaya kehilangan 36 kg. Inilah sebab kenapa pemakanan adalah faktor yang paling penting dalam proses kuruskan badan.
6. Sama-sama usaha turunkan berat badan. Kehilangan berat gabungan mereka berdua adalah 177 kg. Relationship goal!
7. Kelihatan lebih kacak selepas kuruskan badan. Setuju?
8. Sapa yang tak kenal pelakon Hollywood popular ni. Dalam movie dia sebelum ni, dia memang gemuk. Tapi sekarang tengoklah, dia kelihatan seperti model lelaki.
9. Mesti tak ramai yang percaya yang dia boleh kuruskan badan dari 100 kg ke 50 kg! Menyesal la sapa yang tak ngorat dia dulu..hahah
10. 2 tahun yang lalu dia memutuskan untuk menurunkan berat badan dan sekarang dia boleh pakaian yang cantik. Untung la suami dia..
Jadi, anda dah boleh nampak yang kurangkan berat badan ni membuat anda kelihatan lebih baik, yakin dan lebih sihat. Jika anda baru nak mula, tetapkan matlamat yang kecil dan capainya untuk menggalakkan diri anda.
Kemudian, perlahan-lahan naik sehingga anda capai matlamat anda tu. Ia tak pernah terlambat untuk mula. Kuncinya adalah diet seimbang, senaman yang konsisten dan sikap sabar dalam proses tersebut.
Sumber gambar: boredpanda.com
Bagus untuk anda baca >>> Tips mudah nak mula amalkan gaya hidup sihat